25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shuib Kongsi Video Reaksi Pertama Kali Tahu Watie Hamil, Anak-Anak Melompat Kegembiraan – ‘Namanya Bintang Anak Makkah’

    Shopee Sale



    Watie Hanifiah

    Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi video memaparkan reaksi dia dan keluarga ketika pertama kali mendapat tahu isterinya, Watie Hanifiah disahkan hamil.

    Reaksi keluarga

    Watie Hanifiah

    Menerusi rakaman itu, Watie memberikan kit ujian kehamilan kepada Shuib selepas lima minit dia melakukan ujian kendiri.

    Kit ujian tersebut kemudian dibuka oleh Shuib lalu dia tersenyum menandakan hasil ujian positif sekali gus mengesahkan Watie sedang berbadan dua.

    Usahawan itu lantas memeluk isterinya tanda bersyukur dan berterima kasih atas zuriat yang dikurniakan.

    Tidak hanya Shuib, tetapi empat cahaya matanya turut melompat kegembiraan apabila mendapat tahu mereka bakal menerima ahli baharu dalam keluarga.

    Difahamkan, video itu dirakam ketika Shuib sekeluarga mengerjakan ibadah Umrah pada April lalu.

    Kenangan

    Watie Hanifiah

    Meskipun kegembiraan yang dirai tidak kekal lama apabila Watie disahkan keguguran pada 11 Mei lalu, namun Shuib berkata tujuan dia memuat naik video berkenaan sebagai tanda kenangan.

    Simpan sini buat kenangan yang dia (bayi) pernah hadir dalam keluarga kami. Namanya Bintang ‘anak Makkah’.

    Terima kasih di atas kehadiran walaupun sekejap namun cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga.

    Insya-Allah jumpa di Syurga. Daddy dan anak-anak sayang Mummy, Mummy dah buat yang terbaik. Susunan Allah lebih indah.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen berasa sebak melihat klip tersebut. Wargamaya mendoakan pasangan itu diberikan rezeki untuk meninamg cahaya mata lain pada masa akan datang.

    MENARIK:  Lola Enggan Membawa Lelaki Baru ke Rumah, Video Kontroversi Menjadi Viral – 'Saya Akan Menanti Anda di Padang Mahsyar'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah