Pelakon dan usahawan, Syida Melvin menyifatkan perceraian dengan bekas suaminya, Syafiq Azim, sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-30 yang disambut pada Selasa.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Wanita Yang Baik, Banyak Kenangan Kami Bersama’ – Syafiq Azim Tak Kesal Berkahwin Dengan Syida Melvin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu
Hadiah

Syida, 30, berkata, dia bersyukur apabila prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berjalan lancar dan diselesaikan tanpa sebarang masalah.
Alhamdulillah prosiding hari ini selesai dengan cepat seperti yang dijangkakan dan semuanya berjalan dengan lancar.
Memandangkan semalam (Selasa) ulang tahun kelahiran saya, jadi perceraian adalah hadiah hari jadi yang tak semua orang akan dapat.
Dalam pada itu, Syida memaklumkan meskipun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, dia dan Syafiq akan terus menjaga hubungan baik demi kebajikan tiga cahaya mata mereka.
Bila dah bercerai dan bukan lagi berstatus suami dan isteri, kita perlu melakukan ‘co-parenting’ yang baik untuk anak-anak.
Anak-anak tidak bersalah dan mereka masih memerlukan ibu bapa meskipun saya dan Syafiq bukan lagi suami isteri.
Mengulas lanjut, Syida berkata, dia juga sudah bersedia untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal.
Saya okay saja, insya-Allah. Semuanya bergantung kepada mindset sebenarnya. Saya juga sudah lama bersedia (bergelar ibu tunggal).
Sepanjang lima ke enam bulan kami tidak sebumbung ini pun, anak-anak memang bersama dengan saya jadi okay saja.
Walaupun anak-anak berada dengan saya di kampung tetapi mereka tetap boleh berjumpa bapa mereka setiap kali ke Kuala Lumpur.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida dan Syafiq berakhir apabila pasangan berkenaan disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Syida bersama suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, mula mendapat perhatian selepas dia dilaporkan memfailkan permohonan cerai pada Disember tahun lalu.
Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, mendirikan rumah tangga bersama Syafiq pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
The post Syida Melvin Anggap Perceraian Hadiah ‘Istimewa’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-30 first appeared on OHBULAN!.





