30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aliran minyak rantau Teluk melonjak 15 juta tong sehari pascakonflik

    Shopee Sale

    Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS) Chris Wright pada Selasa berkata aliran minyak dari rantau Teluk meningkat kepada kira-kira 15 juta tong sehari hasil usaha diselaraskan antara tentera AS dan sekutunya di Teluk, lapor Anadolu Ajansi.

    Wright berkata purata tujuh hari bagi penghantaran minyak yang keluar melalui Selat Hormuz kini mencecah hampir sembilan juta tong sehari.

    “Hasil usaha diselaraskan tentera AS dan sekutu kami di Teluk, purata tujuh hari bagi minyak yang keluar melalui Selat Hormuz kini meningkat kepada hampir sembilan juta tong sehari.

    “Apabila digabungkan dengan tambahan lima hingga tujuh juta tong sehari yang keluar dari rantau ini menerusi saluran paip dan kemudahan eksport yang baru dinaik taraf, jumlah aliran minyak kini secara purata mencecah kira-kira 15 juta tong sehari,” katanya menerusi platform media sosial X.

    MENARIK:  AS kerah kapal induk pesawat udara susulan ketegangan dengan Cuba

    Wright turut berkata lebih 20 juta tong minyak keluar dari rantau Teluk Arab pada Ahad, yang disifatkannya melebihi purata sebelum peranang.

    Washington dan Tel Aviv melancarkan serangan ke atas Iran pada akhir Februari.

    AS dan Iran menandatangani memorandum persefahaman pada 17 Jun sebelum memulakan rundingan bagi mencapai perjanjian muktamad, namun rundingan itu menemui jalan buntu susulan perbezaan pendirian mengenai jaminan keselamatan dan kebebasan pelayaran melalui Selat Hormuz, antara laluan paling strategik dunia bagi bekalan tenaga dan perdagangan global.

    Dari 8 hingga 24 Julai, AS dan Iran saling melancarkan serangan ketenteraan, dengan Washington menyerang beberapa sasaran di dalam Iran.

    Tehran bertindak balas dengan menyerang kemudahan dan aset ketenteraan AS di beberapa negara Arab termasuk Jordan, Bahrain dan Kuwait.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah