Bekas suami kepada pelakon dan usahawan, Syida Melvin iaitu Syafiq Azim menyifatkan aktres berkenaan sebagai wanita yang baik sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu
Artikel Berkaitan: Syida Melvin Harap Kes Cerai Segera Temui Titik Nokhtah
Tak menyesal kahwin

Syafiq berkata, dia tidak berasa kesal apabila perkahwinan yang dibina selama tujuh tahun berakhir dengan perpisahan.
Dia (Syida) seorang wanita yang baik. Sepanjang perkahwinan kami bersama, tiada apa yang saya berasa kesal.
Banyak kenangan manis dan indah saya bersama Syida. Saya ingin ucapkan terima kasih kepadanya.
Kita sudah bina banyak kenangan bersama, bisnes, rumah kita, membesarkan anak bersama-sama.
Syafiq berkata demikian selepas dia dan Syida sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.
Dalam pada itu, Syafiq yang juga merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid berkata berkata dia akan terus menyokong apa sahaja yang dilakukan Syida dan masih sudi untuk berkawan.
Selepas ini apa jua yang Syida lakukan, saya akan terus menyokong. Mengenai anak-anak pula, saya akan terus beri kerjasama.
Dalam masa sama, Syafiq bersyukur proses lafaz cerai berlangsung dalam suasana tenang dan mereka sempat bersalaman serta bermaafan buat kali terakhir sebagai suami isteri.
Proses di dalam kamar bicara segalanya berjalan dengan baik. Hakim ada tanya saya buat kali terakhir dan Syida tetap nak teruskan, maka kita teruskan.
Kami berdua ada bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri, kami bermaafan sesama sendiri sebelum saya lafaz cerai.
Pada Disember tahun lalu, Syida memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
The post ‘Dia Wanita Yang Baik, Banyak Kenangan Kami Bersama’ – Syafiq Azim Tak Kesal Berkahwin Dengan Syida Melvin first appeared on OHBULAN!.





