31.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Berapa banyak wang pendeposit TH diguna bayar hutang 1MDB?

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Amirudin Shari (PH-Gombak) hari ini menggesa Putrajaya mendedahkan jumlah dana pendeposit Tabung Haji yang digunakan bagi menampung hutang berkaitan 1MDB.

    Sambil berucap membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji di Dewan Rakyat, Amirudin merujuk kepada laporan itu yang menunjukkan dana tabung haji mengalami kerugian jutaan ringgit akibat pelaburannya yang bermasalah dalam Putrajaya Perdana Berhad (PPB) pada 2014.

    Amirudin Shari

    PPB adalah entiti yang dikaitkan dengan SRC International, yang ketika itu merupakan anak syarikat 1MDB. SRC International dilaporkan menyalurkan sekitar RM140 juta kepada anak-anak syarikat PPB, dengan RM27 juta daripadanya berakhir dalam akaun bank milik perdana menteri ketika itu, Najib Razak.

    “Soalan saya, secara keseluruhannya, berapa banyak wang simpanan ummah Tabung Haji telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB untuk menutup salah laku syarikat sejak tahun 2014?

    “Dan apakah laporan penilaian pelaburan yang digunakan oleh pihak pengurusan Tabung Haji serta adakah terdapat desakan politik untuk duit ini digunakan tanpa mematuhi syarat dan kriteria pelaburan?” soal Amirudin yang juga adalah naib presiden PKR semasa membahaskan laporan RCI tersebut.

    Audit forensik

    Menurut laporan itu, Tabung Haji membeli pegangan saham dalam PPB daripada sebuah syarikat bernama Cendana Destini dengan harga RM193.5 juta pada November 2014.

    Walau bagaimanapun, PPB gagal disenaraikan di bursa saham dalam tempoh setahun selepas pelaburan itu dan gagal menjana sasaran keuntungan RM86 juta bagi tahun 2015.

    Keadaan ini seterusnya menyebabkan Tabung Haji mengalami kerugian kemerosotan nilai, dengan pegangan saham dalam syarikat itu kini bernilai RM48.2 juta sahaja.

    Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

    Sementara itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) menggesa kerajaan menjalankan audit forensik terhadap 14 pelaburan bermasalah Tabung Haji yang didedahkan dalam laporan RCI.

    Ini termasuk pelaburan dalam PPB, yang menurutnya berada di bawah kawalan jurubank buronan, Low Taek Jho, atau Jho Low.

    “Tetapi Jho Low itu sendirilah yang akhirnya mendapatkan jumlah pelaburan jumlah ratusan juta ke dalam syarikat beliau iaitu duit yang datang daripada pendeposit Tabung Haji.

    “Kalau untung tak apa tetapi melalui laporan RCI ini ia menunjukkan bahawa kerugian yang dialami oleh umat Islam itu mencecah lebih150 juta ringgit.

    “Saya rasa kalau forensik auditing dilakukan Tuan Yang di-Pertua kita akan tahu siapa yang menerima untung selain Jho Low dan kita perlu heret individu atau sekumpulan tersebut ke muka pengadilan,” katanya.

    MENARIK:  Gencatan senjata di Gaza bawa harapan yang sangat diperlukan - IOM

    Menunaikan haji

    Aminuddin Harun

    Dalam pada itu, Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) membangkitkan persoalan mengenai 1MDB yang mengeluarkan kira-kira RM57 juta bagi menaja 5,711 individu untuk menunaikan haji antara 2011 dan 2017.

    Dia berkata peserta dipilih dalam kalangan pemimpin masyarakat yang mempunyai pengaruh di kawasan setempat seperti imam, ketua kampung dan ahli jawatankuasa, manakala pengundian dibuat tanpa mengikut konsep istito'ah (kemampuan menunaikan haji).

    “Persoalannya, adakah program ini semata-mata kebajikan atau turut memberikan manfaat politik kepada parti tertentu?

    “Sumber dana program tersebut juga wajar dijelaskan dengan telus: adakah ia sebenarnya guna duit pendeposit sendiri, atau mempunyai kaitan dengan dana 1MDB yang diselewengkan?” soal Aminuddin.

    Seorang lagi anggota Parlimen, Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mahu Putrajaya menyiasat sejauh mana penglibatan pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Rahim dalam keputusan pelaburan dana tersebut.

    Dr Zaliha Mustafa

    Zaliha berkata dia difahamkan bahawa walaupun Azeez merupakan pengerusi bukan eksekutif, dia didakwa memainkan perananan utama dalam beberapa perundingan pelaburan.

    “Saya juga difahamkan jumlah tunai dalam akaun yang dikaitkan dengan beliau pada ketika itu mencecah sehingga RM170 juta!

    “Betul atau tidak? Jadi, saya juga minta pihak kerajaan jelaskan perkara ini. Kita juga tidak boleh menutup mata apabila pelaburan Tabung Haji pada ketika itu mempunyai hubungan dengan individu atau syarikat yang mempunyai kaitan politik,” katanya.

    'CEO TH adalah Lembaga Pengarah 1MDB’

    Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan ketika memberikan taklimat pada persidangan khas laporan RCI itu memaklumkan bahawa pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan berlaku konflik kepentingan dalam keputusan pelaburan lembaga itu.

    Zulkifli Hasan

    Katanya, persoalan itu timbul kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH ketika itu turut menjadi anggota Lembaga Pengarah 1MDB.

    "TH turut membeli tanah di TRX daripada 1MDB ketika kontroversi syarikat itu berada di kemuncaknya.

    "Persoalan besar timbul apabila CEO Tabung Haji ketika itu turut menjadi anggota Lembaga Pengarah 1MDB," katanya.

    Zulkifli berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan sama ada pembelian tanah berkenaan dibuat demi kepentingan terbaik TH atau bagi membantu menyelesaikan masalah dihadapi pihak lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah