Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad berkongsi, pernah terlibat dengan pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sebagai pembantu busana.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Salah Anggap Isu Rocky, Sherry Alhadad Kesal Jadi Mangsa Kecaman – ‘Serangan Itu Tentang Fizikal’
Artikel Berkaitan: Sherry Alhadad Anggap Tak Salah Beli Kelengkapan Raya Awal – ‘Kalau Rosak Sempat Tukar’
Terlibat dengan PGL

Ketika ditemui , Sherry atau nama lengkapnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 41, mengimbas kembali kenangan ketika ditugaskan untuk membantu barisan teraju utama PGLM kira-kira 20 tahun lalu.
Menurut Sherry, sebelum dikenali sebagai hos dan aktres, dirinya banyak terlibat dengan pementasan teater bersama pasukan produksi di belakang tabir.
Kalau hendak ikutkan, semasa pementasan PGL di Istana Budaya (IB) sekitar tahun 2003 dan 2005, saya bekerja sebagai pembantu ‘wardrobe’.
Saya yang jaga baju Puan Sri Tiara Jacquelina, AC Mizal dan Stephen Rahman Hughes ketika itu.
Bukan sahaja di IB, malah saya turut mengikut rombongan produksi sebagai pembantu ‘wardrobe’ sehingga ke pementasan mereka di Esplanade, Singapura.
Bercerita lanjut, Sherry berkata, dia juga pernah berkesempatan berkongsi tentang perkara tersebut kepada para pelakon teater itu.
Bila saya sudah masuk dalam industri dan berpeluang bersembang dengan Puan Sri Tiara, saya cakap kepadanya; ‘Madam, saya dulu assistant wardrobe yang jaga Madam masa PGL.’ Dia sangat terkejut.
Sama juga dengan Datuk AC Mizal, saya beritahu dia yang saya pernah jaga baju-baju dia dulu.
Bila kenang balik, memang seronok. Apapun perwatakan saya dari dulu sampai sekarang sama sahaja, tetap ceria.
Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media teater Mansur & Liu di Istana Budaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Sherry meluahkan rasa syukur dan teruja apabila dipilih untuk membawa watak Mak Inang Fang menerusi teater muzikal pertama arahan Datuk M.Nasir iaitu, Mansur & Liu.
Datuk M.Nasir seorang yang sangat tenang, dia beri kami ruang untuk bereksperimen tapi tidaklah terlalu ‘liar’.
Dia bukan seorang garang seperti disangka ramai orang, jadi kami tidaklah sampai terketar-ketar nak pergi latihan.
Cuma yang sedikit mencabar adalah saya perlu bernyanyi.
The post Sherry Alhadad Pernah Jadi Pembantu ‘Wardrobe’ Teater Puteri Gunung Ledang – ‘Saya Jaga Baju Tiara Jacquelina, AC Mizal & Stephen Rahman Hughes’ first appeared on OHBULAN!.





