Pelakon dan usahawan, Syida Melvin berharap kemelut rumah tangganya bersama suami, Syafiq Azim segera menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syida Melvin Dalam Keadaan Tidak Suci, Lafaz Cerai Ditangguh Pada 12 Ogos – ‘Defendan Sudah Bersetuju’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dah Lima Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Saya & Anak-Anak Terpaksa Pulang Ke Kampung’ – Syida Melvin
Harapan Syida

Syida, 30, yang hadir bagi prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu berkata, dia berharap keputusan yang terbaik.
Harapnya (selesai). Semoga yang terbaik dan selamat semuanya. Sepatutnya minggu lalu (bercerai), doakan yang terbaik.
Syida yang mengenakan jubah berona hijau hadir bersama ibunya, Robiah Rahman dan tiga adik-beradik yang lain iaitu Syafiqa, Syifa serta Melveena.
Setiap kali ada kes di mahkamah, keluarga saya akan datang beri sokongan.
Terdahulu, prosiding lafaz cerai membabitkan pasangan berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana Syida berada dalam keadaan tidak suci (haid).
Peguam syarie mewakili Syida, Nurul Jamaliah, berkata pihak defendan (Syafiq) telah menyatakan persetujuan untuk melafazkan cerai, namun prosiding itu tidak dapat diteruskan atas faktor syarak.
Pada Disember tahun lalu, Syida telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.
Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
The post Syida Melvin Harap Kes Cerai Segera Temui Titik Nokhtah first appeared on OHBULAN!.





