Pempengaruh media sosial, Norreen Iman mengakui sedar akan tanggapan orang ramai terhadap dirinya yang kini menjadi bualan di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Perjalanan Ini Ada Sebahagian Dalam Diri Saya Hilang, Tapi Mula Menemukan Semula Kebahagiaan..’ – Norreen Iman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Menangis Terima DM Pujian Lakonan – ‘Dia Daripada Melbourne, Saya Sangat Tersentuh’
Noreen Iman tak ambil hati

Menerusi hantaran di Threads, Norreen berkata dia tidak mengambil hati dengan kritikan netizen kerana dia sendiri memilih untuk berkongsi tentang diri dan kehidupannya di media sosial.
Saya dah tengok dan tahu apa yang orang tengah cakap tentang saya. Ada yang saya rasa kelakar, ada juga yang saya rasa agak keterlaluan, tetapi saya tidak terasa hati. Sebab perjalanan saya dalam industri ini sendiri bermula menerusi media sosial.
Ada yang suka kandungan saya, ada yang ketawa, ada juga yang menyampah dan menganggap kandungan saya terlalu cringe. Dan saya okay dengan semua itu.
Saya sendiri faham, apa yang saya post, saya sendiri yang buka ruang untuk orang berkata-kata.
Ujar Norreen lagi, dia tidak kisah dengan pelbagai tanggapan kerana sedar orang hanya membuat penilaian berdasarkan apa yang mereka lihat dan dengar, tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
Aku tak kisah pun kalau orang nak bash, kecam atau buli apa yang aku post dekat media sosial sebab orang memang akan terus bercakap berdasarkan apa yang mereka nampak dan dengar.
Dan mereka nampak semua tu sebab aku yang post. Tapi apa sahaja yang korang cakap tentang aku, benda tu tak akan menentukan siapa diri aku. Tak perlu risau. Selagi benda tu bukan fitnah, aku maafkan sahaja.
Noreen Iman semakin matang

Dalam pada itu, Noreen mengakui dirinya kini lebih matang dalam berdepan kecaman berbanding dahulu. Malah, dia kini mahu memberi keutamaan kepada keluarga dan diri sendiri selain perlu menjaga kesihatan mental serta pegangan agamanya.
Aku tak marah pun. Kelakar juga tengok diri sendiri sampai jadi meme. Tapi itulah kehidupan. Kita semua dah lalui macam-macam dalam hidup, begitu juga aku.
Korang semua sebenarnya jadi sebahagian daripada perjalanan hidup aku dan mungkin ada antara perkara ini yang nanti menjadi cerita menarik dalam perjalanan hidup aku.
Mengulas mengenai perubahan dirinya, Norreen berkata perkara tersebut merupakan urusan antara dirinya dengan Tuhan. Namun dia akui masih banyak yang perlu diperbaiki dan akan terus berusaha menjadi individu yang lebih baik.
Tentang perubahan diri aku, ya, itu antara aku dengan Yang Esa. Aku faham ada yang kecewa, marah, sedih atau menyampah. Itu khilaf aku. Salah tetap salah. Aku bukan manusia yang sempurna, tapi aku pasti akan cuba jadi lebih baik.
Ada yang bagi nasihat, ada yang mendoakan. Terima kasih, sayang korang. Walaupun ada yang benci dan menyampah, tapi maaflah, kita sebenarnya tak kenal satu sama lain pun.
Jadi, tenang-tenang. Sabar. Sebab cara kita bertindak tu sebenarnya menunjukkan siapa diri kita.
Sumber: Threads Norreen Iman
The post Norreen Iman Tak Ambil Hati Kecaman Netizen, Mahu Fokus Pada Diri & Keluarga – ‘Selagi Bukan Fitnah, Aku Maafkan’ first appeared on OHBULAN!.





