34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Azizulhasni Sertai ‘Geng Subuh Macam Jumaat’, Syukur Rakan Sekeliling Sentiasa Ajak Ke Arah Kebaikan

    Shopee Sale



    Jaguh trek berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang memulakan tahun baharunya dengan menyertai program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ bersama Alif Satar sempena permulaan Tahun Baharu 2025 di Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Bukit Damansara.

    Berkat mempunyai rakan yang ke arah kebaikan

    Menurut Azizul, permulaan tahun 2025 sangat baik dan dia sangat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekeliling yang sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

    Di dalam kehidupan ni, kita jangan takut untuk mencuba perkara-perkara baru. Kalau kita tidak berjaya makanya itu adalah satu proses pembelajaran dan kita akan jadi lebih pandai. Dan kalau kita berjaya, makanya janganlah dilupa untuk ucap Alhamdulillah.

    Menerusi pemerhatian pihak , ribuan jemaah telah hadir mengimarahkan masjid dengan menunaikan solat subuh secara berjemaah, termasuk menyertai pelbagai aktiviti disediakan.

    MENARIK:  Gambar Badan Berotot Meerqeen Bikin Peminat Tak Senang Duduk, Siap Ada Nak Jadikan ‘Wallpaper’ Telefon

    Sekadar info, program ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ sempena permulaan 2025 diisi dengan pelbagai aktiviti seperti tazkirah, ucapan tahun baharu oleh Pengerusi Masjid Saidina Umar Al-Khatab, Tan Sri Dr Syed Hamid Albar, ‘Fun Run’ dan sarapan.

    Kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan Alif sejak Oktober 2023 berjaya menghimpunkan ribuan jemaah di masjid pada waktu subuh.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah