
Ahli kumpulan pelawak legenda, Senario iaitu Saiful Apek akui teruja menunggu kepulangan sahabat baiknya iaitu Yassin ke Malaysia.
Yassin tak bersalah?

Ketika ditemui , Saiful atau nama lengkapnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff memaklumkan dia ingin segala spekulasi yang berleluasa ini berakhir dengan penjelasan daripada tuan badan sendiri.
Menurut Saiful, pasti ada sesuatu yang terjadi sehingga dia boleh dibebaskan di negara yang penuh undang-undang itu.
Saya rasa apabila dia sampai sahaja, saya memang akan sambut dia, bagaimanapun saya rasa kita kena bagi dia berehat dulu.
Saya pasti ada banyak benda yang dia mahu kongsikan, saya memang tak sabar.
Bukan apa kita tak mahu andaian atau pun tohmahan terhadap dirinya berlarutan. Saya mahu semuanya berakhir.
Sebab setahu saya di sana, hukumannya sangat ketat, kalau ada berlaku perkara seperti itu memang akan dikenakan hukuman hudud.
Apek berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul 6 Jilake yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.
Filem 6 Jilake ini juga membawakan barisan artis yang lain seperti Amerul Affendi, Bel Ngasri, Asmidar, Kazar Saizi, Kamarool Hj yusof, Jalil Hamid dan ramai lagi. Untuk perkembangan terkini dan kandungan ekslusif 6 Jilake, boleh diikuti di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube Primeworks Studios.
Setia menanti

Dalam pada itu, Saiful meluahkan rasa kecewa dengan beberapa prosedur yang terjadi sehingga Yassin gagal pulang ke Malaysia.
Sebelum ini saya pernah beritahu dia balik sebelum Aidilfitri tetapi ini melibatkan antara kerajaan.
Ada beberapa masalah seperti visa, tiket dan sebagainya selain dia juga perlu melalui satu lagi proses pemindahan.
Saya tak tahulah macam mana dia prosedurnya tetapi apa yang saya boleh cakap, insya-Allah dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Dilaporkan, Yassin menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu bermula November lalu.





