31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ryan Deedat Tak Akan Sertai Pertandingan Nyanyian Lagi, Uji Bakat Calpis Soda OIAM Yang Terakhir – ‘Mungkin Suara Saya Tak Sesuai Untuk Bersaing’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Ryan Deedat berkongsi momen dirinya menyertai sesi uji bakat program realiti, Calpis Soda One In A Million (OIAM) yang diadakan di Kuantan City Mall, pada hujung minggu lalu.

    ‘Join’ uji bakat OIAM

    " data-video-id="7440375766916926721">
    @ryandeedatInsyaAllah ada rezeki tmpt lain? original sound – Ryan Deedat

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ryan atau nama sebenarnya Sheik Eamir Deedat memaklumkan dia telah hadir seawal jam 10 pagi untuk mendapatkan angka giliran sewaktu ke sesi uji bakat tersebut.

    Walau bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi pelantun lagu ‘Salimah’ ini apabila terkandas di ‘stage’ yang kedua.

    Hari ini saya pergi ke sesi uji bakat Calpis Soda OIAM dan saya sampai lebih kurang jam 10 pagi dan dah dapat nombor saya.

    Dan kalau korang nak tahu, sesi uji bakat ini ada dua ‘stage’.

    Alhamdulillah, ‘stage’ pertama saya lepas akan tetapi, malangnya saya tak lepas di ‘stage’ kedua.

    Uji bakat OIAM adalah yang terakhir

    Di akhir hantaran, Ryan memaklumkan sesi uji bakat OIAM itu merupakan sesi uji bakat yang terakhir akan disertainya selepas hampir 15 tahun dalam industri hiburan.

    Jadi, apa yang saya nak cakap adalah cukuplah karier saya selama 14 tahun ini.

    Dah macam-macam sesi uji bakat saya pernah pergi seperti OIAM pada 2008, program Mentor pada 2010 saya lepas ke ‘stage’ kedua ataupun tiga.

    Paling gila saya pernah pergi adalah sesi uji bakat X-Factor di United Kingdom dan ini merupakan kali terakhir saya sertai uji bakat pertandingan nyanyian.

    Selepas hampir 15 tahun dalam muzik industri, mungkin ini kali terakhir saya sertai mana-mana pertandingan nyanyian dan mungkin suara saya tak sesuai untuk bersaing dengan orang lain.

    MENARIK:  Syamsul Yusof Kembali Ke Set Penggambaran, Lagu Filem ‘Dilwale’ Jadi Muzik Latar

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah