27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syamsul Yusof Kembali Ke Set Penggambaran, Lagu Filem ‘Dilwale’ Jadi Muzik Latar

    Shopee Sale



    Syamsul Yusof

    Belum genap seminggu membawa gelaran duda, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof sudah kembali bekerja.

    Kembali bekerja

    Syamsul Yusof

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Syamsul atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, dilihat berada di sebuah kawasan dipercayai lokasi penggambaran.

    Bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan secara terperinci mengenai penggambaran tersebut, namun jelas dilihat beberapa krew dan kelengkapan menjalani ‘shooting’.

    Pengarah filem KL Gangster itu turut menggunakan ‘filter’ berwarna hitam serta memilih lagu Hindustan berjudul ‘Gerua’ yang menjadi runut bunyi filem Dilwale sebagai muzik latar.

    Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, bekas suami kepada Ira Kazar itu memuat naik video dia di dalam kereta.

    Imbas kembali, pada 5 September lalu, Syamsul dan Ira sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    Mahkamah mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

    MENARIK:  Gen Z Mendunia Aidilfitri Ini.. ‘Serumpun’ Pula Jadi Siulan Ramai, Jom Tengok 10 Lagu Raya 2025 Pilihan

    Sebelum ini, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah