31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intan Ladyana Respon Dakwaan Harris Alif Curang Dalam Permainan Video Online – ‘Saya Bukan Enabler, Kena Tahu Batas Sendiri’ 

    Shopee Sale

    Pelakon Intan Ladyana memberikan respon berhubung isu suaminya Harris Alif yang didakwa berlaku curang selepas tular rakaman perbualan romantis bersama seorang wanita dalam sebuah permainan video atas talian.

    Artikel Berkaitan: Dituduh ‘Microcheating’, Harris Alif Beri Penjelasan – ‘Itu Watak Tommy, Bukan Diri Sebenar Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harris Alif Didakwa Ucap ‘I Love You’ Dekat Perempuan Lain – ‘Walaupun Sekadar Permainan …’

    Respon Intan

    Ketika ditemui , Intan atau nama lengkapnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 44, memaklumkan bahawa sebagai isteri, dia tidak akan menyokong perbuatan yang salah.

    Sebagai isteri, apa yang saya boleh katakan ialah saya bukan enabler. Apa yang salah itu tetap salah dan apa yang betul tetap betul, jadi kena tahu batas sendiri.

    Walau bagaimanapun, susulan isu berkenaan, Intan tidak meletakkan sebarang syarat kepada Harris untuk meneruskan bermain permainan tersebut, namun dia tetap menegaskan tentang batas pergaulan.

    Tak adalah (letak syarat untuk Harris). Macam saya, saya tahu batas saya dan dia tahu batas dia. Tak bolehlah nak terlalu mengawal, tapi diri sendiri kena tahu.

    Walaupun dekat dalam permainan video atau pun berlakon, kita kena tahu batas. Kita sendiri kena ada kefahaman tentang hal itu.

    Intan berkata demikian ketika ditemui pada majlis Macam-Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

    Dalam pada itu, pelakon filem Adnan Sempit ini menjelaskan bahawa dia tidak tahu mengenai permainan video atas talian mahupun wanita berkenaan dan hanya mengetahuinya selepas isu tersebut tular.

    Tidak (tak kenal wanita itu) sebab saya tak main permainan video. Game apa pun saya tak tahu.

    Ya, selepas tular isu ini baru saya tahu.

    Saya tak adalah nak salahkan wanita itu atau Harris, tetapi mereka sendiri perlu tahu.

    Kalau mereka rasa apa yang mereka buat itu salah atau betul, itu adalah pandangan masing-masing. Mereka yang kenal diri sendiri.

    Semasa di soal sama ada dia dan Harris berbincang mengenai perkara ini, Intan hanya berkata, isu seperti itu tidak akan berulang lagi.

    InsyaAllah, tidak akan terjadi lagi.

    Sebelum ini, nama Harris menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas tular beberapa potongan klip video memaparkan dirinya sedang melakukan sesi penstriman langsung (live streaming) permainan video. 

    MENARIK:  [VIDEO] Kembali Aktif Di TikTok, Netizen Doa Syasya Rizal Istiqamah Berhijab – ‘Makin Cantik Lah Dia Sekarang’

    Dalam klip tersebut, Harris yang sedang bermain perlawanan atas talian dilihat menggunakan nada suara dan kata-kata yang dianggap ‘romantik’ serta mesra terhadap pemain wanita lain.

    Tindakan tersebut mencetuskan perdebatan ramai, di mana rata-ratanya mula mempersoalkan batas pergaulan Haris sebagai seorang lelaki yang sudah bergelar suami.

    Harris kemudian tampil menjelaskan bahawa segala tindakan dan dialog yang didengar oleh warganet hanyalah sebahagian daripada watak Tommy dalam dunia roleplay (RP). Namun, di luar dunia kandungan digital, Haris menegaskan dia kekal sebagai seorang suami dan seorang bapa.

    Sekadar info, Harris dan Intan, 43, mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    The post Intan Ladyana Respon Dakwaan Harris Alif Curang Dalam Permainan Video Online – ‘Saya Bukan Enabler, Kena Tahu Batas Sendiri’  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah