Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkongsi satu komen yang membuatkannya berfikir sejenak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Rasa Cepat Penat, Breakout & Brain Fog’ – Daiyan Trisha Amal ‘Gut Reset Diet’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Beli Slot Tempahan Rembayung Di Threads, Tapi Bila Tengok Semula Akaun Dah Tak Wujud’ – Daiyan Trisha
Tangan
View on Threads
Menurut Daiyan, 33, dia sempat terbaca satu komen yang menyentuh tentang tangan tidak mampu menyembunyikan usia walaupun muka kelihatan muda.
Baginya, tangan yang dimiliki mempunyai nilai sentimental kerana mengingatkan dirinya kepada ibu tercinta.
Ada orang komen, ‘muka bolehlah nampak awet muda, tangan tak boleh disorok.’
Lucu juga, sebab selama ini saya selalu rasa tangan saya antara bahagian diri yang paling saya suka sebab ia mengingatkan pada tangan ibu saya.
Mengimbau zaman kanak-kanak, pelantun lagu Jom Raya itu berkongsi bagaimana dia sering memerhati gerak-geri tangan ibunya.
Dalam pada itu, Daiyan turut menggambarkan jari ibunya sebagai halus dan lembut namun penuh dengan tujuan dalam setiap sentuhan.
Waktu kecil, saya akan perhatikan jari-jarinya menari di atas mesin taip, menulis novel dan bagaimana tangannya bergerak di dapur, memasak untuk kami (adik-beradik).
Bagaimana jari-jarinya yang halus, lembut dan sedikit berurat itu menjadikan sentuhan biasa terasa penuh makna. Saya selalu terfikir, ‘cantiknya’.
Kata Daiyan lagi, tiada sebab untuknya menyembunyikan tangannya.
Saya tak sabar nak memiliki jari dan tangan seperti ibu yang semakin kurus, bertulang, dan sering diguna pakai akibat semua perkara yang saya lakukan dan semua kasih sayang yang diberikan.
Jadi tidak, saya tak akan cuba untuk sorok tangan yang cantik, berurat dan bertulang ini.
Ia adalah satu nikmat dalam hidup apabila tangan bertukar seakan-akan menjadi seperti tangan ibu.
Sumber: Threads
The post Daiyan Trisha Tak Malu Miliki Tangan Macam Orang Tua – ‘Ia Mengingatkan Kepada Ibu Saya’ first appeared on OHBULAN!.





