Pelakon Norish Karman mencuri perhatian apabila mendedahkan memiliki empat orang anak angkat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norish Karman Dedah Diminta Buka Tudung Untuk Kembali Berlakon – ‘Mereka Nak Rambut Spa Q’
Artikel Berkaitan: Norish Karman Pilih Berdikari, Belanja Ribuan Ringgit Demi Watak – ‘Dari Zaman Spa Q Saya Mekap Sendiri’
Norish Karman ada 4 anak angkat
View on Threads
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nor’ashikin Karman, 52, berkongsi bahawa dia mempunyai lapan orang cahaya mata, termasuk empat anak angkat yang dijaga seperti anak sendiri tanpa sebarang perbezaan.
Walaupun berdepan masalah kewangan dan kesukaran hidup, Norish masih berusaha mencari rezeki demi memastikan semua anak-anaknya membesar dengan baik.
Namun begitu, pelakon drama Spa Q ini berdepan ujian apabila kesihatannya dilaporkan semakin merosot dan dimasukkan ke hospital.
Dalam masa sama, Norish juga tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, tambahan pula tawaran berlakon yang sebelum ini menjadi punca rezeki kini semakin berkurangan.
Tujuh tahun saya tak ada tawaran kerja.
Kereta itu dah layak masuk longkang.
Prihatin dengan keadaan itu, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan peluang pekerjaan. Norish bersama anak-anaknya dijemput menjadi hos siaran langsung untuk mempromosikan produk perniagaannya.
Imbas kembali, Norish dilaporkan menghidap masalah kesihatan serius iaitu paras darah dan zat besi yang terlalu rendah (extreme low blood and iron) sejak dua tahun yang lalu.
Difahamkan, Norish hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda tanpa mampu untuk berjalan sendiri.
Justeru itu, anaknya yang juga seorang pelakon Manda Hash terpaksa memohon dana susulan kesukaran menyediakan wang bagi membiayai kos rawatan.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Norish Karman Tanggung Empat Anak Angkat, Bukan Mengemis Minta Duit – ‘Kereta Dah Layak Masuk Longkang’ first appeared on OHBULAN!.





