Datuk Dr Fadzilah Kamsah bukan hanya sekadar seorang pakar motivasi tetapi dia juga turut berkongsi mengenai tips masakan kepada pengikutnya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Redakan ‘Morning Sickness’ Dengan Petua Tradisional
Artikel Berkaitan: 11 Tips Beli Makanan Sihat, Tak Perlu Makan Sayur & Telur Semata Untuk Diet
Petua masakan
Menerusi perkongsian ringkas di TikTok miliknya, Fadzilah berkata, garam tidak seharusnya dimasukkan ketika masakan sedang menggelegak sebaliknya tunggu sehingga ia sedikit sejuk.
Jangan letak garam semasa makanan sedang di masak menggelegak.
Kecilkan api dan sejukkan sedikit kemudian barulah masukkan garam.
Menurut Fadzilah, petua masyarakat terdahulu itu sebenarnya memberikan pelbagai manfaat, bukan sahaja untuk melazatkan makanan tetapi kesihatan.
Bukan itu sahaja, penggunaan garam juga boleh dikurangkan supaya nutrisi dari bahan makanan dapat diperoleh dengan lebih banyak.
Jadi, tak banyak pakai garam.
Kita akan dapat memaksimumkan khasiat dan kelazatan.
‘Racun-racun’ yang ada akan ditawarkan oleh garam.
Itu petua masakan orang lama, patutlah orang dulu-dulu masak sedap.
Sumber: TikTok Fadzilah Kamsah
The post [VIDEO] Rupanya Ini Rahsia Masakan ‘Orang Lama’ Lebih Sedap, Fadzilah Kamsah Kongsi Petua! first appeared on OHBULAN!.





