32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Singapura bentang RUU hukum pemandu pegang telefon

    Shopee Sale

    Singapura memperkenalkan rang undang-undang untuk meminda Akta Lalu Lintas Jalan Raya 1961 (RTA), yang merangkumi hukuman bagi pemandu memegang telefon bimbit semasa memandu dan mengetatkan had alkohol ditetapkan untuk memandu dalam keadaan mabuk.

    Rang Undang-Undang Lalu Lintas Jalan Raya (Pindaan Pelbagai) telah dibentangkan di parlimen pada Selasa oleh Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Dalam Negeri Sim Ann.

    Menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA), rang undang-undang itu akan menghukum pemandu yang memegang perananti komunikasi mudah alih itu dan berada pada tangan mereka semasa memandu justeru menghapuskan keperluan untuk membuktikan bahawa pemandu mengendalikan perananti tersebut.

    Beliau berkata undang-undang semasa mengenai kesalahan itu hanya boleh dikuatkuasakan secara manual, kerana polis trafik mesti mengesahkan bahawa pemandu mengendalikan perananti itu.

    "Sebaliknya, ia akan menjadi satu kesalahan selagi pemandu memegang perananti komunikasi mudah alih di tangannya semasa kenderaan bergerak, kerana ini berbahaya dan mengurangkan kemungkinan pemandu akan fokus di jalan raya.

    "Pindaan ini juga akan membenarkan polis trafik menguatkuasakan kesalahan menggunakan kamera atau berdasarkan bukti fotografi atau videografi yang dikemukakan oleh orang awam, dan meningkatkan pengesanan kesalahan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

    MENARIK:  ‘Jangan meludah ke langit’ – Pemuda PH sindir retorik PAS isu bendera

    Sementara itu, MHA berkata rang undang-undang itu juga akan mengetatkan had alkohol yang ditetapkan untuk memandu dalam keadaan mabuk bagi memperkukuh pencegahan dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

    Di bawah perubahan yang dicadangkan, had alkohol yang sah untuk ujian nafas akan diturunkan daripada 35 mikrogram kepada 15 mikrogram setiap 100 mililiter nafas, manakala had alkohol dalam darah akan dikurangkan daripada 80 miligram kepada 30 miligram setiap 100 mililiter darah.

    Rang undang-undang itu juga bertujuan untuk memperkukuh hukuman bagi pemanduan cuai dan berbahaya yang menyebabkan kecederaan parah, menyelaraskannya dengan lebih dekat dengan kesalahan yang mengakibatkan kematian.

    Jika diluluskan, pesalah berulang yang disabitkan dengan pemanduan berbahaya boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 13 tahun, manakala mereka yang didapati bersalah memandu cuai yang menyebabkan kecederaan parah boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga empat tahun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah