Penyanyi Reena Farha berkongsi pengalaman beraksi di pentas bersama beberapa artis ternama yang secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan dirinya sebagai penyanyi muda.
Artikel Berkaitan: ACO Media & ACE Integrated Lancar ACX Music, Perkenal Tiga Bakat Baharu!
Artikel Berkaitan: Miliki Album Pertama Pada Usia 10 Tahun & Digelar ‘Princess Of Music’ Di China, Ini Deretan Kejayaan Shila Amzah Hampir Tiga Dekad Berkarya
Sokongan sebagai pelindung

Ketika ditemui , pemilik nama Reena Farha, 14, mengakui pengalaman tersebut menjadi antara momen paling berharga sepanjang perjalanan seninya.
Menurutnya, sokongan orang ramai banyak membantu meningkatkan keyakinannya setiap kali membuat persembahan di atas pentas.
Ya, antaranya F.I.R. Saya juga pernah membuat persembahan ketika Bintang Kecil bersama Ernie Zakri. Selain itu, saya pernah beraksi bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan ketika Konsert Diraja bersama Umair, yang merupakan rakan saya.
Saya hanya menghargai segala sokongan yang diberikan orang ramai dan membuktikan kepada mereka bahawa saya mampu menjadikan sokongan itu sebagai pelindung untuk menghilangkan rasa gementar ketika berada di atas pentas.
Reena berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran ACX Music yang berlangsung di Pavilion Arena, Damansara, pada Rabu.
Dalam pada itu, penyanyi muda itu mengakui mempunyai matlamat tersendiri yang ingin dicapai dalam perjalanan kerjaya seninya.
Tambahnya, dia berharap dapat mengembangkan bakatnya dengan menguasai pelbagai genre muzik dan bahasa dalam nyanyian.
Sudah tentu, kita semua mempunyai matlamat tersendiri dan saya sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.
Impian saya sebenarnya adalah untuk menjadi seorang penyanyi yang versatil dan mampu menyanyikan pelbagai genre muzik serta dalam pelbagai bahasa. Saya berharap segala-galanya berjalan dengan lancar.
Sekadar info, Reena merupakan antara penyanyi baharu di bawah naungan ACX Music bersama Junjun dan Euzen.
Penyanyi berusia 14 tahun itu juga bakal melancarkan dua lagu baharu berjudul Aku Dendam dan Sampai Jumpa Lagi sebagai langkah memperkenalkan bakatnya kepada lebih ramai pendengar.
The post [VIDEO] Reena Farha Kongsi Pengalaman Bina Keyakinan Di Pentas – ‘Hargai Segala Sokongan Yang Diberikan’ first appeared on OHBULAN!.





