32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sajat Nak Pergi Umrah Itu Hal Dia Dengan Allah’

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi pendapatnya tentang personaliti media sosial, Sajat yang berhasrat untuk menunaikan umrah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Dedah Alami Depresi, Tersentak Selepas Ditegur Anak – ‘Selalu Ceria Tiba-Tiba Jadi Pendiam’

    MENARIK:  Patimah Ismail Bersyukur dengan Peningkatan Kesihatan, Tak Sabar Menyambut Hari Raya Bersama Puteri Sarah & Anak-Anak Syamsul

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Bakal Tunai Umrah Sebagai Lelaki 

    Pandangan Aliff

    " data-video-id="7518034912750980360" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tashaillia

    Semoga dipermudahkan urusan Sajat. #datoaliffsyukriterlajaklaris #alifsyukriterlajaklaris #dherbsterlajaklaris

    ♬ original sound – TI – TI

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman menasihati Sajat supaya tidak berkongsi tentang ibadah tersebut kepada umum jika dia ke Tanah Suci untuk melaksanakannya.

    Dia nak pergi umrah ke nak pergi haji ke, itu hal dia dengan Allah. Kita sebagai seorang hambaNya jangan mudah menghukum

    Ingin saya nasihatkan, kalau dia pergi janganlah upload (media sosial) sebab kalau dia buat, akan ada orang yang senang dan ada juga orang yang tak senang dengannya.

    Menurut Aliff, ahli keluarga Sajat adalah orang yang paling tepat untuk menasihati dan menegur kekhilafannya.

    Apa yang dia nak pakai, apa yang dia nak buat, kita hanya mampu menasihati dia tetapi yang lebih afdhal keluarganya. Jangan hina atau mudah menghukum orang.

    Sajat ingin pulang

    View this post on Instagram

    A post shared by Sajjad kamaruz zaman (@nursajatkamaruzzaman)

    Dalam pada itu, Aliff memberitahu Sajat sering meluahkan kepadanya bahawa dia ingin pulang ke tanah air.

    Setahu saya, dia bukan lagi warganegara Malaysia.

    Kami selalu berhubung juga, dia sedih dan bila dia telefon saya mesti menangis sebab teringin nak balik Malaysia.

    Pada saya ramai lagi yang buat benda tak senonoh..mungkin dia terlanjur dan tak mahu mengulang kesilapan. Bantulah dia untuk balik Malaysia.

    Justeru, bapa kepada enam anak itu berharap agar orang ramai tidak cepat menghukum Sajat, sebaliknya lebih baik jika memberikan sokongan dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

    Kita sebagai rakyat Malaysia mungkin boleh membantu dia ke arah kebaikan.

    Saya takut kalau dia dekat sana, dia akan lagi hanyut. Dekat negara sana tu, semuanya boleh dan kita kena doakan yang baik-baik untuknya.

    Masa dia buat live janganlah kecam dia, doakan yang baik. Kadang-kadang kita tengok orang jahat tapi sebenarnya dialah yang paling baik.

    Terdahulu, Sajat memaklumkan bahawa dia mahu berpakaian seperti seorang lelaki ketika menunaikan umrah kelak. Difahamkan, dia merancang untuk menunaikan umrah pada tahun depan. 

    Imbas kembali, Sajat pernah mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2020. 

    Namun ketika itu penampilannya seperti seorang wanita menyebabkan dia dihujani dengan kecaman, selain turut mendapat perhatian beberapa orang pendakwah.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Sajat Nak Pergi Umrah Itu Hal Dia Dengan Allah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah