Pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau mesra disapa PU Riz menyeru masyarakat untuk menghadiri program Quranic Madani – Night Reset: Bersatu Dalam Saf yang bakal berlangsung Jumaat ini di hadapan Pavilion Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kita Perlu Ada Sifat Malu & Tidak Bangga Dengan Perbuatan Maksiat’ – PU Riz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Beri Pandangan Pempengaruh Cacah Tatu – ‘Tak Perlu Tunjuk Dosa, Carilah Allah Semula’
PU Riz ajak berkumpul beramai

Menurut PU Riz, program percuma itu dianjurkan bagi menghimpunkan masyarakat untuk bersama-sama membaca, memahami dan menghayati al-Quran tanpa mengira peringkat usia.
Insya-Allah, kita pada Jumaat ini bakal mengadakan majlis al-Quran iaitu Quranic Madani supaya kita dapat menghimpunkan seramai mungkin masyarakat untuk bersama membaca dan memahami al-Quran.
Program ini juga terbuka secara percuma kepada semua.
Katanya lagi, antara pengisian utama program berkenaan adalah memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berusia tiga hingga sembilan tahun untuk memulakan hafazan al-Quran menerusi Juzuk 30.
Kita mahu memberi peluang kepada anak-anak kecil bermula umur tiga hingga sembilan tahun untuk mula menghafal al-Quran dengan Juzuk 30.
Tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan masyarakat yang dekat dengan al-Quran kerana sebaik-baik manusia ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.
Duduk baca al-Quran bersama
View this post on Instagram
Dalam pada itu, suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu turut mengajak orang ramai hadir memeriahkan program yang dijadual bermula pada jam 8.30 malam.
Mari sama-sama hadir pada jam 8.30 malam di hadapan Pavilion Bukit Bintang. Kita duduk bersama membaca al-Quran dan menghayati kalam Allah.
Semoga Allah SWT memberikan keberkatan kepada negara kita dengan mengangkat al-Quran melalui Quranic Madani. Jumpa anda di sana.
Program tersebut dijangka menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha memperkukuhkan kefahaman serta kecintaan terhadap al-Quran di tengah kesibukan kehidupan bandar raya.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] PU Riz Ajak Orang Ramai Semarak Cinta Al-Quran Menerusi Quranic Madani Di Bukit Bintang first appeared on OHBULAN!.





