
Hubungan mesra antara ahli politik Syed Saddiq dan selebriti Bella Astillah bukan sahaja menyorot perhatian warganet malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengetahui tentang mereka.
Saddiq hadiahkan baju
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik oleh Saddiq di Instagram (IG), beliau mengambil peluang menghadiahkan dua pasang baju Melayu kepada Anwar selepas selesai menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
Paling menarik perhatian adalah, Perdana Menteri sempat berseloroh selepas menerima pemberian tersebut.
Patut Bella kena ada sebelah.
Dalam senyum dan tersipu malu, Ahli Parlimen Muar itu kemudian membalas gurauan Anwar seolah-olah mengiyakan perhubungnnya dengan Bella.
Jangan kacau tu saya punya, kasi chance la Datuk Seri.
Usikkan Anwar yang juga merangkap Menteri Kewangan tersebut telah membuatkan suasana di lobi Parlimen menjadi ceria dengan gelak tawa.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet merestui mereka dan mendoakan hubungan tersebut hingga ke jinjang pelamin.
Terima kasih PMX. Rupa-rupanya beliau ialah ketua wakil netizen.
YB jangan macam-macam. Ini kalau tak jadi, satu Malaysia merusuh depan Parlimen.
Ini baru betul, perkahwinan yang akan disukai oleh satu Malaysia, bukan orang biasa-biasa je menteri pun sokong.





