Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi perasaannya susulan prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah yang bakal berlangsung pada 30 Jun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Buka Mulut Soal Majlis Perkahwinan Bersama Bella Astillah, Percaya Pada Perancangan Tuhan
Artikel Berkaitan: Solat Hajat & Doa Selamat Syed Saddiq Dipindahkan Ke Dewan Sri Pinang
Yakin berada di pihak yang benar

Ketika ditemui , Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akui terhutang budi atas sokongan orang ramai yang hadir di Madrasatul Hajjah Zubaidah bagi bersama-sama menjayakan solat hajat.
Saya terhutang budi kerana doa adalah perisai yang terakhir.
Kita dah berusaha sebaik mungkin dan akhirnya kita berserah pada Allah.
Itulah tempat terbaik yang akan menentukan kemenangan atau kekalahan selepas kita sudah berusaha sebaik mungkin.
Terima kasih pada semua yang hadir. Bagi mereka yang tidak hadir tetapi bersama dari jauh dengan melakukan bacaan yassin, solat hajat, terima kasih.
Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat & solat hajat yang berlangsung di Madrasatul Hajjah Zubaidah, pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai keadaannya ketika ini, Saddiq memaklumkan dirinya dalam keadaan tenang kerana yakin berada di pihak yang benar meskipun telah memasuki tahun ketujuh berdepan kes berkenaan.
Dalam pada itu, Saddiq turut menitipkan pesanan kepada golongan muda agar tidak gentar berdepan sebarang masalah lebih-lebih lagi jika yakin berada di pihak yang benar.
Saya tenang, kerana saya yakin saya berada di pihak yang betul.
Saya dah melalui proses kehakiman. Ini nak masuk tahun ketujuh, saya tidak pernah menangguhkan kes ini, atau mohon kes ini digugurkan atau merayu menggunakan saluran politik.
Saya juga ingin menghantar isyarat yang jelas kepada anak muda di luar sana, jangan gentar bila berhadapan dengan masalah.
Kita perlu sentiasa berprinsip dan bermaruah kerana akhirnya perjuangan itu jauh lebih besar daripada inidvidu atau personaliti semata-mata.
The post ‘Doa Adalah Perisai Yang Terakhir, Kita Dah Berusaha & Sekarang Berserah Pada Allah’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.





