28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ALVN Lancar Single ‘Syarat Cinta’, Kesetiaan Hingga Ke Penghujung Usia

    Shopee Sale

    Selepas berehat seketika daripada menghasilkan karya solo, penyanyi dan penulis lagu ALVN kini kembali menemui peminat menerusi single terbaharu berjudul Syarat Cinta.

    Lagu Syarat Cinta

    Tampil dengan nuansa yang lebih matang, lagu ini mengangkat kisah cinta yang sederhana namun penuh makna, sekali gus mengajak pendengar menghargai nilai kesetiaan dan komitmen dalam sesebuah hubungan.

    Meskipun kemunculan lagu tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kehidupan peribadi ALVN, termasuk dakwaan kononnya karya itu diinspirasikan daripada kisah cintanya sendiri, penyanyi itu menjelaskan bahawa Syarat Cinta lahir daripada pemerhatiannya terhadap makna cinta yang berubah seiring pertambahan usia.

    Semakin kita dewasa, kita sedar cinta bukan lagi tentang perkara yang besar atau rumit. Kadang-kadang syarat cinta itu cuma satu, memilih orang yang sama setiap hari dan terus kekal bersama hingga ke penghujung usia.

    Lagu ciptaan ALVN bersama MsOrangelisa itu mengetengahkan mesej bahawa cinta sejati tidak memerlukan pelbagai syarat atau tuntutan. Sebaliknya, kebahagiaan hadir apabila dua insan memilih untuk terus bersama walaupun melalui pelbagai fasa kehidupan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kadang-Kadang Maaf Lebih Kuat Dari Benar’ – Eira Syazira

    Selain melodi yang lembut dan mudah dihayati, kekuatan Syarat Cinta turut terletak pada liriknya yang dekat dengan realiti kehidupan. Lebih istimewa, Syarat Cinta turut dipilih sebagai lagu tema rasmi (OST) drama Viu Original, Ate Kome, I Love You!. 

    Pemilihan lagu itu dilihat selari dengan jalan cerita drama berkenaan yang berkisarkan tentang kasih sayang, kekeluargaan dan pencarian makna cinta sebenar.

    Dalam masa sama, muzik video rasmi Syarat Cinta menjalani penggambaran di Kinokuniya Kuala Lumpur. Lokasi tersebut dipilih bagi melengkapkan penceritaan visual yang menonjolkan budaya membaca, komunikasi yang ikhlas serta kepentingan meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

    Menariknya lagi, muzik video itu turut menampilkan pelakon Siti Khadijah Halim, yang juga merupakan teraju utama drama Ate Kome, I Love You!.

    Syarat Cinta kini boleh distrim di semua platform penstriman digital, manakala muzik video rasminya boleh ditonton menerusi YouTube.

    The post ALVN Lancar Single ‘Syarat Cinta’, Kesetiaan Hingga Ke Penghujung Usia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah