27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Afieq Shazwan Terima Pujian Perdana Menteri Bangladesh, Sebutan Bahasa Bengali Raih Perhatian

    Shopee Sale

    Penyanyi Afieq Shazwan berkongsi momen yang tidak dapat dilupakannya apabila menerima penghargaan daripada Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman selepas menyampaikan persembahan.

    Artikel Berkaitan: ‘Ini Semua Kehendak Allah..Kalau Kata Jodoh, Berjodoh Juga’ – Afieq Shazwan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afieq Shazwan Setia Menunggu Cinta, Wani Kayrie Belum Terbuka Hati – ‘Doa Yang Baik Saja’

    Afieq terima pujian

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Afieq atau nama lengkapnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 29, memuat naik video persembahannya di sebuah majlis khas sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Bangladesh ke Malaysia.

    Menurut Afieq, sebutan bahasa Bengali menerusi lagu yang didendangkan telah mendapat perhatian pemimpin negara itu.

    Tak sangka selepas buat persembahan saya dipanggil dan diberi pujian oleh Perdana Menteri Bangladesh sendiri kerana sebutan bahasa Bengali yang tepat.

    Turut diiringi oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dalam masa yang sama, Afieq turut menzahirkan rasa syukur kerana cabaran mempelajari bahasa asing itu akhirnya membuahkan hasil.

    Alhamdulillah, satu cabaran baru dan usaha yang berbaloi.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi reaksi positif kepada Afieq kerana kesungguhannya menjayakan persembahan itu.

    MENARIK:  Tiket Konsert ‘Here I Am’ Rossa Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam!

    Warganet turut menyifatkan pujian yang diterima daripada pemimpin negara merupakan antara pencapaian yang membanggakan buat seorang anak seni.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Afieq Shazwan Terima Pujian Perdana Menteri Bangladesh, Sebutan Bahasa Bengali Raih Perhatian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah