28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pilot Kagum Dengan Ilmu Ustaz Azhar Idrus, Jawab Soalan Mengenai Nahas Pesawat Azerbaijan & Jeju Air

    Shopee Sale



    Seorang juruterbang yang dikenali sebagai ‘Abang Captain’ memuji pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang begitu cakna dengan perkembangan semasa.

    ‘Salute UIA’

    " data-video-id="7459759379886230791">
    @bangkept Huge Respect To Ustaz Azhar Idrus.. Tahu Details Pasal Dunia Penerbangan!!??????? #abangcaptain #pilot #pilotlife #flysafe?? #pilotsoftiktok #viral #juruterbangmalaysia #flying #respect #ustazazharidrus #knowledge #berilmu #banyakilmu #crash #jejuair #pesawatterhempas #terengganu #ganukite #dakwah #shouldbeme @Ustaz Azhar Idrus ? Finitude – Gabriel Albuquerqüe

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Abang Captain memuat naik video UAI yang menjawab soalan jemaah mengenai tragedi kapal terbang terhempas di Korea Selatan yang berlaku pada 29 Disember tahun lalu.

    Menurut Abang Captain, dia berasa sangat kagum dengan UAI yang mengikuti perkembangan semasa sehingga merasakan dirinya begitu kecil jika hendak dibandingkan dengan pendakwah tersebut.

    Fuh, ustaz memang power. Saya rasa diri ini kecil sangat sebab ustaz boleh tahu ‘detail’ mengenai kapal terbang yang terhempas itu.

    Bukan saja berwibawa dalam ilmu agama tetapi power juga dalam ilmu penerbangan sebab ustaz boleh tahu serba serbi detail mengenai kapal terbang tersebut.

    Saya memang kagum dengan ustaz dan kita bolehlah mencontohi beliau ya. Selain bergelar seorang agamawan yang amat dihormati di Malaysia, ustaz sangat ‘up to date’ dengan hal ehwal dunia.

    Jangan rasa tinggi diri

    MENARIK:  [VIDEO] Mata Lisa Surihani Tak Lekang Tengok Yusry, Netizen Sakan Mengusik – ‘Bila Dapat Kahwin Dengan Crush Sendiri’
    " data-video-id="7458165562598804743">
    @anasrazali77 Ilmu Penerbangan #uai #ustazazharidrus #soaljawabustazazharidrus #ustazazhar #kuliah #ceramah ? original sound – anasrazali77

    Di akhir video, juruterbang berkenaan menitipkan pesan kepada orang ramai untuk sentiasa merendah diri tanpa memandang kepada status seseorang.

    Apa yang saya nak cakapkan di sini ialah pentingnya ilmu pengetahuan dan janganlah kita rasa kita ini dah pandai bila dah ada PhD ke apa ya.

    Setiap hari kita kena belajar benda baharu dan kita ini perlu terima juga pendapat orang yang mungkin berada di bawah kita sekalipun.

    Jangan pernah berasa tinggi diri dan tahu semua benda.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap UAI yang mempunyai ilmu pengetahuan luas dalam beberapa aspek selain bidang keagamaan.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah