
Keperibadian penyanyi Amira Othman ternyata daripada hasil didikan ibu bapanya yang juga memiliki sifat merendah diri.
Figura seorang bapa
Aca describe family Kak Long ?? #amiraothman #fattahamin #trend #irfanharis #mendonia #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukberanda #wanitaterakhir #trending #foryoupage #jodoh #fyp #CapCut
? original sound – S?c??? G?rL ??? – S?c??? G?rL ???
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pengurus kepada pelakon filem Mat Kilau yang dikenali sebagai Aca berkata, bapa Amira memiliki sifat lemah lembut meskipun air mukanya kelihatan tegas.
Air mukanya garang dengan misai dia..mulanya saya rasa kena ada ilmu yang penuh nak cakap dengan Uncle Othman ni.
Kemudian saya pun salam dan kenalkan diri, rupanya dia sangat lembut tak kena dengan wajahnya yang garang.
Bukan sebab bapa Amira saya puji, tetapi ciri-ciri seorang bapa membuatkan saya terkesan dengan kelembutannya apabila dia bercakap.
Bercerita lanjut, Aca juga menyifatkan keluarga Amira mempunyai akhlak yang baik dan bersopan santun.
Irfan dan adik Amira seorang lagi, namanya Haikal..dia baik sangat.
Bila bersalaman dia pegang dada dan tunduk. Itulah cara ibu bapa mereka ajar.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji keluarga pelantun lagu Hati-Hati itu.
Dalam masa yang sama, mereka berkata, Fattah akan menjadi seorang yang bertuah andai diterima sebagai menantu di dalam keluarga tersebut.
Tak hairanlah kenapa Amira nak suami macam ayah dia.
Patutlah Amira memang menjaga sangat nama baik keluarga dia.
Pernah jumpa Amira dan ibunya dekat Madinah, mereka sangat merendah diri.
Beruntung Fattah kalau dapat ibu dan bapa mentua yang baik.





