Pengarah Indonesia Helfi Kardit berkongsi kejadian mistik yang dilihat sendiri oleh kru produksi semasa penggambaran filem arahannya berjudul Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aditya Zoni Terus Beri Sokongan Kepada Abang, Tegaskan Kes Dadah Perlu Dipandang Serius – ‘Salah Tetap Salah’
Artikel Berkaitan: Filem ‘Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai’ Kembali Dengan Kisah Lebih Menyeramkan
Kejadian mistik

Ketika ditemui , Helfi berpendapat kejadian ini berkemungkinan berkait rapat dengan ilmu Rawa Rontek iaitu tradisi orang Jawa.
Mungkin kerana saya membuat filem tentang Rawa Rontek iaitu kepala dipenggal boleh kembali lagi.
Saya bingung juga tapi saya tidak mahu fikir banyak. Kita tukar sahaja lokasi penggambaran.
Kalau di Indonesia, Rawa Rontek memang sudah terkenal. Kepala yang dipenggal akan hidup kembali apabila bertemu semula dengan badan dan dipijak ke bumi.
Mungkin hal seperti itu jarang didengar di Malaysia.
Helfi berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai yang berlangsung di TGV, One Utama baru-baru ini.
Kepala di aliran sungai

Berkongsi lebih lanjut, Helfi memaklumkan salah seorang daripada kru produksinya menjadi saksi kepala manusia di aliran sungai semasa menjalani penggambaran di kawasan Gunung Pandayan, Jawa Barat.
Tambah Helfi, dia enggan merisikokan keselamatan mana-mana pihak dan memilih untuk memindah lokasi penggambaran.
Penggambaran dilakukan di Gunung Pandayan, Jawa Barat. Waktu itu sekitar pukul tiga pagi, kami sedang berehat seketika.
Kebetulan, ada sebatang sungai. Apabila kru alihkan lampu, ternampak kepala dalam aliran sungai itu, memang seram.
Saya kemudian ambil keputusan untuk pindahkan lokasi penggambaran.
Filem ini merupakan sekuel kepada filem Menjelang Magrib yang mendapat kutipan hampir RM2 juta.
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai ini dibintangi oleh Aditya Zoni, Ajeng Fauziah, Muthia Datau dan ramai lagi.
Bagi peminat filem seram Asia, Menjelang Maghrib 2: Wanita Yang Dirantai telah bermula menghantui pawagam seluruh negara sejak 20 November 2025.
The post [VIDEO] Pengarah Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai Kongsi Kejadian Mistik Semasa ‘Shooting’ – ‘Ada Kepala Dalam Aliran Sungai’ first appeared on OHBULAN!.





