Pelakon Pablo Amirul berusaha konsisten dalam memberi keseimbangan masa pada kerjaya dan hubungan peribadi bersama kekasihnya, Dr Hana Rose yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah.
Artikel Berkaitan: Pablo Amirul Bercinta Dengan Dr Estetik Sabah – ‘Ya Allah Terima Kasih Untuk Bidadari Syurga Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pablo Amirul Tetap Sayang Dr Hana Rose, Tak Pandai Masak Bukan Satu Masalah – ‘Saya Boleh Tolong Buat’
Setiap bulan jumpa kekasih
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Amirul Hisyam Mohd Sakri mendedahkan bahawa dia bertemu Dr Hana Rose dengan jarak perjalanan 1628km setiap bulan.
Setiap bulan kena kekalkan kerja dan hubungan peribadi sejauh 1628km naik flight dua jam 45 minit.
Alhamdulillah, segalanya baik untuk fasa yang menarik.
Ini adalah berbaloi demi Dr Hana Rose.
Dalam pada itu, Pablo memaklumkan bahawa perjalanan ke sabah makan masa 101 jam jika memandu.
3,569km, 101 jam pemanduan.
Sanggup? semoga berjaya.
Terdahulu, pelakon aksi berusia 40 tahun itu mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto manis bersama Dr. Hana di Instagram (IG).
Menurutnya, dia sangat gembira mengenali pakar estetik itu dan menyifatkannya sebagai seorang bidadari.
Sumber: TikTok @Pabloamirul
The post [VIDEO] Pablo Amirul Jumpa Dr Hana Setiap Bulan, Berbaloi Redah Perjalanan 1628KM first appeared on OHBULAN!.





