Pelakon Nora Danish berkongsi tentang cara-cara untuk khatam al-Quran dalam bulan Ramadan terutama pada 10 hari terakhir.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Wajib Hafal & Dibaca’ – Nora Danish Kongsi Doa Harian
Artikel Berkaitan: Nora Danish Pesan Jangan Ambil Kerja Tuhan – ‘Dah 2026, Cukuplah Hukum Orang’
Pembahagian masa

Ketika dihubungi , Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 44, berkata, kunci utama untuk khatam al-Quran dalam bulan yang mulia ini adalah konsistensi dengan membahagikan bacaan pada setiap waktu solat fardu.
Saya biasanya bahagikan bacaan kepada beberapa bahagian setiap hari. Contohnya, selepas Subuh, selepas Zuhur, selepas Asar dan berikutnya. Bila kita pecahkan bacaan itu, ia jadi lebih ringan dan tidak terasa terlalu berat.
Selain itu, saya juga cuba untuk membaca dengan tadabbur, bukan sekadar mengejar khatam. Ramadan adalah masa terbaik untuk kita lebih dekat dengan al-Quran.
Dalam masa yang sama, Nora mengakui cabaran terbesar untuk menghabiskan bacaan al-Quran adalah dari segi masa dan tenaga.
Dalam bulan ini, kadang-kadang kita ada banyak komitmen, walaupun sudah cuba sedaya upaya untuk mengosongkan kerja, tetap akan ada urusan sana-sini.
Kita juga akan rasa penat selepas seharian berpuasa. Tapi saya selalu ingatkan diri sendiri bahawa Ramadan hanya datang setahun sekali, jadi saya cuba disiplinkan diri untuk tetap membaca walaupun sedikit.
10 Ramadan terakhir

Sementara itu, pelakon filem Polis Evo ini turut berkongsi tips untuk mereka yang sedang berusaha khatam al-Quran pada 10 Ramadan terakhir.
Kalau kita belum sempat khatam sebelum 10 malam terakhir, jangan putus asa. Cuba sahaja sedaya upaya apa yang mampu. InsyaAllah, kerana Allah melihat kualiti bukan kuantiti.
Tips saya, cuba kurangkan aktiviti yang tidak perlu, fokuskan masa hanya pada al-Quran. Gunakan waktu selepas tarawih dan sebelum sahur jika siang tiada masa.
Paling penting, jangan berhenti berdoa kepada Allah agar disempatkan untuk khatam.
Selain itu, cari sumber tenaga dan inspirasi. Kalau boleh cari teman-teman yang mempunyai niat sama, bila ada geng..itu yang buat semangat jadi luar biasa.
Menurut Nora, dia menyifatkan 10 Ramadan terakhir sebagai sesuatu yang sangat istimewa dan merupakan masa yang paling penting untuk menginsafi kekhilafan diri dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
10 malam terakhir ini sangat istimewa kerana kita mencari Lailatul Qadar, jadi setiap ayat yang dibaca insyaAllah sangat bernilai.
Saya selalu doa supaya Allah beri peluang kepada saya untuk terus dekat dengan al-Quran dan memperbaiki diri setiap tahun.
Ini adalah masa untuk muhasabah diri dan memohon keampunan daripada Allah.
The post Nora Danish Kongsi Tips Khatam Al-Quran Di 10 Ramadan Terakhir – ‘Kurangkan Aktiviti Yang Tak Perlu, Fokus Pada Bacaan’ first appeared on OHBULAN!.





