Personaliti media sosial Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa berang terhadap segelintir netizen yang hanya memberi tumpuan kepada penampilan seseorang untuk dijadikan bahan kritikan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Persoal Hukum Anjing Dibawa Masuk Rumah, Sasha Abdul Aziz Luah Rasa Kesal – ‘Sah-Sahlah Saya Selamatkan Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terkejut Ibu Sasha Abdul Aziz Usia 60 Tahun, Minta Tips Kekal Awet Muda – ‘Tak Makan Laksa’
‘Baik saya cakap dengan haiwan’

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Sasha berkongsi tangkap layar (screenshot) memaparkan komen netizen yang mengkritik penampilannya.
Menurut Sasha, apa sahaja yang dilakukannya termasuk dari segi penampilan sering menjadi perhatian netizen sehingga setiap kekurangan dilihat dan dijadikan bahan kritikan.
Pakai tudung salah pakai topi salah pakai khiban pun salah.
Kadang aku pening dengan manusia.
Dalam pada itu, Sasha sempat berseloroh bahawa dia lebih rela berkomunikasi dengan haiwan yang tidak menghakimi atau menilai seseorang.
Lebih rela aku bercakap dengan haiwan lebih sweet dan tidak menilai seseorang.
Sumber: Threads @sashaabdulaziz
The post Sasha Abdul Aziz Kecewa Terus Dikritik, Seloroh Rela Borak Dengan Haiwan – ‘Pakai Khiban Pun Salah’ first appeared on OHBULAN!.





