Usahawan, Madam Mariyah mendedahkan rahsia di sebalik kecergasan dan penampilannya yang masih kekal bertenaga meskipun kini sudah memasuki usia 51 tahun.
Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Dah Dua Tahun Tak Sentuh Nasi – ‘Hanya Makan Salad & Minum Kopi Setiap Hari’
Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Dilamar Berlakon Filem, Tak Mahu Watak Bela Anak Ikan – ‘Kalau Datin Okay’
Madam Mariyah kongsi rutin awet muda

Pengasas jenama kosmetik dan kesihatan Aura Maria itu berkata, penjagaan kesihatan dalaman secara konsisten memainkan peranan penting dalam membantu dirinya menjalani rutin harian yang padat tanpa berdepan masalah keletihan melampau.
Menurut Madam Mariyah, ramai yang sering bertanyakan tentang rutin dan rahsia yang diamalkannya memandangkan dia masih aktif menguruskan perniagaan serta kerap muncul dalam siaran langsung di media sosial.
Katanya, faktor usia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita terus tampil yakin dan menjalani kehidupan secara aktif sekiranya kesihatan dalaman diberi perhatian sewajarnya.
Banyak pihak yang bertanya bagaimana saya mengekalkan tenaga fizikal. Pada usia 51 tahun ini, saya masih mampu berdiri dan berjalan sepanjang hari dengan memakai kasut tumit tinggi lima inci tanpa rasa sakit lutut atau keletihan yang melampau.
Rahsianya adalah konsistensi merawat kesihatan dari dalam. Hakikatnya, penambahan usia tidak mampu kita halang, namun tahap kecergasan fizikal dan keremajaan kulit boleh dibina semula sekiranya kita cakna menjaga dalaman badan secara berdisiplin.
Malah, pengalaman peribadi tersebut mendorongnya menghasilkan produk penjagaan dalaman wanita terbaharu dikenali sebagai Jus Che Tat, yang diformulasikan daripada 12 ramuan semula jadi termasuk kacip fatimah, pinang muda, kunyit hitam, mengkudu dan ekstrak buah muang.
Momen pahit jadi guru kehidupan

Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata tersebut mengakui pernah melalui fasa sukar dalam hidup, namun memilih untuk menjadikan pengalaman tersebut sebagai pemangkin untuk terus bangkit dan mengembangkan perniagaan.
Apabila kita diuji dengan kejatuhan, kesakitan itu adalah proses pendewasaan yang perlu kita telan.
Saya jadikan kepahitan lalu sebagai guru paling berharga dalam hidup.
Kini, tumpuan saya hanya terarah ke hadapan demi kelangsungan jenama Aura Maria dan melihat anak-anak berjaya dalam pendidikan mereka. Itulah sumber kekuatan mutlak saya hari ini.
Menurut Madam Mariyah, setiap wanita mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak seharusnya membiarkan pengalaman silam menghalang mereka untuk meneruskan kehidupan.
Mesej utama saya kepada wanita di luar sana yang sedang bergelut dengan ujian peribadi, jangan pernah gentar untuk bangun semula.
Belajarlah untuk menyayangi dan menghargai nilai diri sendiri terlebih dahulu.
Letakkan kebergantungan dan tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT, nescaya jalan keluar akan sentiasa terbentang luas untuk kita merasai kebahagiaan yang baharu.
Jus Che Tat akan dilancarkan secara rasmi menerusi siaran langsung di TikTok pada 18 Jun ini, dengan Aura Maria menyasarkan jualan sebanyak satu juta pek menjelang penghujung tahun.
Auramaria terus menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya membina rangkaian pelanggan serta pengedar sah yang semakin bertambah, bukan sahaja di Malaysia malah turut meliputi pasaran luar seperti Singapura, Brunei dan Sarawak.
Selain itu, produk-produk keluaran Auramaria juga menerima sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna hasil penekanan terhadap kualiti dan keberkesanan yang ditawarkan.
The post [VIDEO] Madam Mariyah Dedah Rahsia Kekal Bertenaga Di Usia 50an, Masih Mampu Berjalan Seharian Dengan Kasut Tumit Tinggi first appeared on OHBULAN!.





