Demam Piala Dunia FIFA 2026 kini kembali membara!
Bagi yang ingin mengimbau kenangan manis dan menyaksikan semula perlawanan paling ikonik dalam sejarah bola sepak, Tonton membawakan kandungan eksklusif FIFA+ khas untuk anda.
Artikel Berkaitan: FIFA+ Zone Kini Di Tonton! Nikmati Pengalaman Bola Sepak Lebih Dekat & Emosional
Artikel Berkaitan: Langgan ‘TontonUp’, Raih Ganjaran Hebat Setiap Bulan!
Aksi ikonik

Bukan sekadar menonton, Tonton turut mengajak anda menyelami perjalanan Road to FIFA World Cup 2026 dengan pelbagai pengisian menarik yang pasti memuaskan peminat bola sepak, khususnya aksi-aksi sengit dan menghiburkan.
Berikut merupakan kandungan menarik yang menanti:
1. Pertemuan Semula: Peringkat Kumpulan

Bermula sekarang sehingga 28 Jun (7 pagi setiap hari), terokai sejarah pertemuan terdahulu antara negara-negara yang akan bertempur dalam peringkat kumpulan tahun ini.
Adakah sejarah akan berulang, atau akan ada kejutan baharu? Ketahuinya di FIFA+.
2. Penentu Saat Akhir

Sekiranya anda menyukai drama, segmen ini khas untuk anda! Last Minute Deciders membawa anda menyaksikan semula gol-gol lewat yang dramatik yang pernah mengubah sejarah Piala Dunia, daripada peringkat kumpulan sehinggalah ke perlawanan akhir.
Segmen itu akan bermula pada 23 Jun hingga 29 Jun, pada 7 pagi di FIFA+.
3. Pertemuan Semula: Pusingan 32

Apabila persaingan semakin memuncak di pusingan kalah mati, Tonton bawakan sorotan pertemuan epik masa lalu melibatkan negara-negara yang berjaya melangkah ke Pusingan 32 tahun ini.
Segmen itu akan bermula pada 29 Jun hingga 4 Julai, pada 7 pagi setiap hari secara langsung di FIFA+.
Jadi, tunggu apa lagi? Layari Tonton sekarang dan mulakan perjalanan penuh emosi anda menuju Piala Dunia FIFA 2026!
The post Alami Semula Detik Epik Piala Dunia Dengan FIFA+ di Tonton! Ini Caranya first appeared on OHBULAN!.





