30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Orang Nampak Awak Seperti Ibu Tiri, Tapi Saya Anggap Awak Ibu Sebenar’ – Ucapan Talita Buat Watie Sebak

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan anak tirinya, Talita pada majlis graduasi tamat sekolah rendah, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Talita Lupakan Hasrat Sambut ‘Birthday’ Di Sunway Lagoon Demi Mummy Watie – ‘Anak Yang Memahami Situasi’

    Artikel Berkaitan: Shuib Kongsi Video Reaksi Pertama Kali Tahu Watie Hamil, Anak-Anak Melompat Kegembiraan – ‘Namanya Bintang Anak Makkah’

    Terharu

    Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, meluahkan rasa terharu apabila Talita memberi ucapan penghargaan kepadanya.

    Tahniah, sangat bangga dengan awak.

    Hujung-hujung kamera dah goyang sebab mummy dah mula menitik air mata dengar ucapan awak.

    Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di bibir dan hati awak.

    Dalam ucapan tersebut, Talita atau nama sebenarnya, Dzahira Talita Zahra Shahmira menyifatkan Watie seperti ibu kandung sendiri meskipun mereka tidak mempunyai pertalian darah.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy.

    Ibu, walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangimu.

    Untuk mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Ungu Berjaya Tamatkan Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-29, Plenary Hall Dibanjiri Lebih 2,000 Penonton

    The post [VIDEO] ‘Orang Nampak Awak Seperti Ibu Tiri, Tapi Saya Anggap Awak Ibu Sebenar’ – Ucapan Talita Buat Watie Sebak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah