27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ungu Berjaya Tamatkan Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-29, Plenary Hall Dibanjiri Lebih 2,000 Penonton

    Shopee Sale

    Kumpuan muzik dari Indonesia, Ungu berjaya menamatkan konsert istimewa bertajuk 29th Anniversary – Symphony of Ungu yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: Ungu Pilih Malaysia Untuk Konsert Orkestra Pertama Sempena Ulang Tahun Ke-29 – ‘Seperti Balik Kampung Sendiri’

    Artikel Berkaitan: Ayda Jebat ‘Dipinang’ Ungu – ‘Kami Nak Datang KL Ni’

    Ulang tahun ke 29

    Dengan kehadiran lebih daripada 2,000 orang penonton, Ungu berjaya menyajikan konsert berdurasi selama dua jam melalui sentuhan istimewa okestra daripada J.P Denny.

    Pembukaan konsert 29th Anniversary – Symphony of Ungu dimeriahkan dengan penyanyi jemputan yang merupakan anak kelahiran Sabah iaitu Gretchen Quirina yang mendendangkan tiga buah lagu yang berjudul ‘Mangu’ nyanyian asal oleh Fourtwnty, ‘Sampai Menutup Mata’ yang dipopularkan oleh Acha Septriasa dan lagunya ‘Aku Bodoh’.

    MENARIK:  ‘Semoga Awak Bimbing & Lindungi Saya Wahai Suami’ – Dewi

    Selain itu, penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Ayda Jebat turut bersama menjayakan konsert istimewa ini dengan menyajikan lagu duet menerusi ‘Bismillah Cinta’.

    Peminat yang hadir pada malam konsert istimewa itu turut terhibur dengan 17 buah lagu yang dimainkan.

    1. Melayang
    2. Berikan Aku Cinta
    3. Cinta Dalam Hati
    4. Aku Tahu
    5. Saat Bahagia
    6. Aku Bukan Pilihan Hatimu
    7. Ku Ingin Selamanya
    8. Sayang
    9. Tercipta Untukku
    10. Bismillah Cinta
    11. Bila Tiba
    12. Andai Ku Tahu
    13. Berjanjilah
    14. Kekasih Gelapku
    15. Demi Waktu
    16. Hampa Hatiku
    17. Seperti Mati Lampu

    Konsert 29th Anniversary – Symphony of Ungu ini dianjurkan oleh kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

    The post Ungu Berjaya Tamatkan Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-29, Plenary Hall Dibanjiri Lebih 2,000 Penonton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah