28.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Norreen Iman Mahu Hidup Tenang, Tepis Dakwaan Perkahwinan Bergolak – ‘Apa Yang Jadi Di Rumah, Kekal Di Rumah’

    Shopee Sale

    Pelakon Norreen Iman memilih untuk tidak memuat naik kebahagiaan keluarga di ruangan media sosial demi kebaikan sendiri.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Gigih Ke ‘Gym’ Untuk Kurus – ‘Saya Nak Muscles Baby’

    MENARIK:  Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’

    Artikel Berkaitan: Norreen Iman Syukur Ada Suami Macam Razzi, Pernah ‘Struggle’ Nak Beli Lampin Anak – ‘Ini Semua Fasa Kehidupan’

    ‘Saya dan suami baik saja’

    " data-video-id="7536080696599792897" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    Jangan buat andaian ☝ # #fyp #news #norreen #nafi #rumahtangga #bergolak

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Ketika ditemui , Norreen menepis dakwaan rumah tangga bersama suami, Razzi Razak sedang bergolak.

    Mengulast lanjut, Norreen akui hubungannya pernah diganggu tapi tidak lagi sekarang.

    Kami masih baik. Sebelum ini, kami buat video sama-sama, cari duit sama-sama. Tetapi, tahun ini, saya fikir, tahun yang sesuai untuk saya letakkan mode ‘private’ dalam semua perkara.

    Apa yang jadi di rumah, kekal di rumah. Saya pilih untuk tidak muat naik gambar kami. Apa-apa pun saya hanya mahu yang positif sahaja.

    Siapalah yang berani hendak ambil suami kita? Sangat beranilah dia dan saya pula, siapa pula hendak cuba saya.

    Sebelum ini, saya mengaku ada gangguan, iaitu benda yang tidak dapat lihat dengan mata, tetapi itu dahulu.

    Norreen berkata demikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat (AMT 25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

    Dalam pada itu, Norreen memahami konsep hidup seorang selebriti yang sering menjadi perhatian terutama mengenai kisah peribadi.

    Biasalah, kalau ada yang nampak lain, akan ada yang bertanya. Kami faham bagaimana media sosial bekerja.

    Jangan fikir negatif, anggap sahaja saya manusia biasa yang ada keluarga dan anak-anak dan mahukan hidup yang tenang.

    Sekadar info, Norreen dan Razzi sah menjadi suami isteri pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    The post [VIDEO] Norreen Iman Mahu Hidup Tenang, Tepis Dakwaan Perkahwinan Bergolak – ‘Apa Yang Jadi Di Rumah, Kekal Di Rumah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah