28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Atikah Suhaime Sangkal Dakwaan Cucuk Dagu Untuk Nampak Runcing Ketika Mengandung – ‘Dagu Mulan Ikut Mummy’

    Shopee Sale



    Pelakon dan usahawan Atikah Suhaime menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia melakukan rawatan wajah untuk terlihat runcing ketika mengandungkan puteri sulungnya, Lyla Mulan Teh.

    Cucuk dagu

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi bukti tidak pernah mendapatkan rawatan seperti yang dituduh oleh netizen sebelum ini.

    Atikah berkata anaknya merupakan bukti kukuh kerana dia memiliki dagu runcing sepertinya.

    Katanya, sebelum ini dia pernah mendapat tuduhan berkaitan wajahnya terutamanya di bahagian dagu.

    MENARIK:  Jumpa ‘Kekasih’ Di Rumah Nak Sambut ‘Valentine Day’, Remaja 16 Tahun Mat* Diker*t & May*t Dibuang Dalam Tong Sampah

    Dagunya dilihat runcing seperti dicucuk filler walaupun badanya sedikit berisi kerana mengandungkan Mulan pada ketika itu.

    Teringat waktu mengandung, orang tuduh saya cucuk dagu ketika buat siaran langsung (live) Zaiton di TikTok.

    Sebab walaupun berisi dagu runcing. Ni bukti saya memang dagu runcing natural.

    Mulan ikut ibunya.

    Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lalu.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah