28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Terharu Tengok Jamal Abdillah Sebak Menyanyi Bersama Anak – ‘Ini Version ‘Azura’ Paling Terbaik..Auto Menangis’

    Shopee Sale



    Penyanyi veteran, Datuk Jamal Abdillah mencuri perhatian warganet apabila secara spontan membuat persembahan bersama anak perempuannya, Nur Azura Yamani.

    Menyanyi bersama Azura

    " data-video-id="7427034650675105032" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @aalan_ahmad

    Dato Jamal Abdillah sebak bila menyanyi bersama Azura ? #jamalabdillah #azura #fylp? #fyp??viral

    ? original sound – Aalan Ahmad – Aalan Ahmad

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Azura dilihat naik ke atas pentas kemudian disambut oleh bapanya yang sedang mendendangkan lagu dengan judul yang sama ‘Azura’.

    Penyanyi veteran itu mempersembahkan lagu tersebut sambil membelai anaknya dan turut kelihatan sebak, manakala Azura yang berusia 5 tahun hanya tersipu malu.

    Datuk Jamal sebak bila menyanyi bersama Azura (anak).

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat momen manis dua beranak itu selain memuji vokal Jamal yang masih mantap.

    Real Azura depan mata. Semoga Azura membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

    Saya rasa ini version terbaik Azura, melting.

    Sebak tengok Datuk Jamal.

    Aku tak boleh betul kalau anak perempuan, auto menangis.

    Suara Datuk ni dari muda sampailah ke tua sama je tak pernah berubah.

    Sekadar info, Jamal dan isterinya Datin Zai Izzati Khairuddin mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Selain Azura, mereka mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu El Isaac Yamani, 4, Iskandar Rayyan Yamani, 2, dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang kini berusia setahun lebih.

    MENARIK:  Larangan Laungan Azan: Pengerusi JMB Kondominium Minta Maaf Kepada Umat Islam

    Ia merupakan perkahwinan ketiga buat pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu.

    Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah