27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Vida Jarang Upah Jurusolek, Lebih Selesa Mekap Sendiri – ‘Dulu Saya Mak Andam..15 Minit Dah Boleh Siap’

    Shopee Sale

    Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mendedahkan lebih selesa melakukan mekap sendiri tanpa bantuan jurusolek apabila menghadiri sebarang jemputan.

    Artikel Berkaitan: Cik B Tampil Mohon Maaf Isu Vida Salah Bual Dengan Linda Jasmine – ‘Ibu Tak Tahu Isu Semasa’

    MENARIK:  Ibu Puteri Balqis Dakwa Ditipu Artis Veteran & Ahli Politik Mahu Bantu Rawat Mata Anak – ‘Banyak Perkara Terjadi Bukan Atas Kehendak Saya

    Artikel Berkaitan: Cik B Hanya Bertahan Dua Jam Pakai Baju Kurung, Dedah Raya Tidak Seindah Dulu – ‘Pagi Saya Tidur’

    Mekap sendiri

    " data-video-id="7625994954199846162" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @datoserividaofficial

    Make up sendiri je kakak. Kita pun pernah jadi mak andam dulu ye 😂 #makeuptutorial #makeup #beauty #datoserivida #fyp

    ♬ suara asli – Erli Reja – Erli Reja

    Menerusi perkongsian di TikTok, Vida yang juga ibu kepada Cik B berkongsi kebiasaannya solekan yang dilakukan dapat disiapkan dalam tempoh tidak lebih daripada 15 minit.

    Kata Vida, meskipun kemahirannya dalam bidang itu tidak banyak namun ia sudah memadai untuk dirinya.

    Saya kalau ada event atau pergi mana-mana memang mekap sendiri saja. Jarang sangat nak hire jurusolek.

    Saya lebih selesa mekap sendiri ikut citarasa saya. Biasanya saya mekap cepat dalam masa 15 minit saja.

    Orang kata mekap express. Saya tak suka mekap lama-lama, rasa macam buang masa.

    Dalam pada itu, Vida turut mengakui mempunyai sedikit kemahiran dalam seni tata rias kerana pernah bekerja sebagai mak andam suatu ketika dahulu.

    Saya ada lah sedikit kemahiran mekap tu sebab dulu saya ni seorang mak andam sebelum mula jadi businesswoman.

    Saya jenis cerewet sikit kalau bab mekap. Tak suka kongsi barang-barang mekap dengan orang lain.

    Kena yakin, asal cantik di mata sendiri. Yang penting tak keluar kos banyak untuk nak hire jurusolek.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Vida Jarang Upah Jurusolek, Lebih Selesa Mekap Sendiri – ‘Dulu Saya Mak Andam..15 Minit Dah Boleh Siap’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah