
Pelawak Mamat Sepah dikritik oleh warganet ketika mengendalikan audio siar atau podcast bersama tetamu iaitu penceramah bebas Syamsul Debat.
Netizen kurang senang
Kalau aku la mamat, memang aku keluar dari podcast ni. Tebal ba muka. USD yang tegur, bukan calang calang jemputan. Menyampuk nda kena tempat. Kalau nda berubah lagi ndatau la mamat ? pic.twitter.com/5Li8zhmNJ1
— ???? (@MDzulhisyam9) May 21, 2025
Menerusi hantaran di laman X, seorang individu memuat naik potongan klip daripada audio siar, Dol’s Podcast yang memaparkan Syamsul sedang berkongsi tentang kisah kerjayanya.
Syamsul kemudian dilihat menegur Mamat yang menyampuk ketika dia sedang berbicara.
Ternyata situasi tersebut juga telah menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan warganet terhadap tindakan Mamat.
Kalau aku la Mamat, memang aku keluar dari podcast ni.
Tebal muka kau, Syamsul Debat yang tegur, bukan calang-calang jemputan. Menyampuk tak kena tempat, kalau tak berubah lagi tak tahulah.
Jaga adab

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengecam tindakan Mamat atau nama lengkapnya Mohd Noor Murad yang disifatkan tidak beradab terutama ketika berdepan dengan jemputan yang tinggi ilmunya.





