29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nabila Huda Sebak Bicara Soal Bapa, Luah Rasa Rindu Pada Amy Search – ‘Tak Di Sini, Kita Jumpa Di Sana’

    Shopee Sale



    Pelakon Nabila Huda tidak dapat menahan sebak sebelum menitiskan air mata ketika berkongsi momen dirinya bertemu dengan bapanya yang juga penyanyi rock lagenda, Amy Search.

    ‘Alam’ sentiasa ada cara

    Ketika ditemui , pemilik nama Nabila Huda Suhaimi beranggapan ‘alam’ sentiasa mempunyai cara untuk pertemukan mereka kembali meskipun sudah lama terpisah disebabkan takdir dan situasi.

    Ujarnya, dia sangat bersyukur kerana berpeluang untuk bersalaman dan bermaafaan ketika pertemuan tersebut.

    Alam sentiasa ada cara nak menyatukan kami. Saya pun tak jangka akan bertemu di situ. Beginilah kehidupan. Setiap orang ada jalan hidup masing-masing. Kita lalui sahaja dengan tenang.

    Pada pertemuan tersebut, terlerai sekejap perasaan rindu ini. Saya seronok tapi pada masa sama agak nervous. Saya tak tahu dia ada di situ pun.

    Dapatlah kami bersalam raya dan memohon maaf. Alhamdulillah Allah pertemukan kami. Kami saling meluahkan rasa rindu. Saya bagitahu papa yang saya sangat sayangkan dia.

    Nabila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis malam gala dan tayangan perdana filem ‘Telaga Suriram’ yang diadakan di Dadi Cinema, Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Berkongsi lanjut, pelakon filem ‘Rahsia’ ini mengakui agak sedih bila mengenangkan semula konfliknya bersama Amy.

    Saya pun tak tahu macam mana nak jelaskan. Saya percaya segala yang berlaku adalah takdir. Saya pasti kalian juga tahu bagaimana situasinya saat ini. Saya cuma rindu.

    Tapi tak mengapalah. Kalau kami tidak dapat berjumpa sekarang, mungkin kita akan lebih bahagia di kehidupan seterusnya. Mungkin situasi, masa dan takdir yang memisahkan kami.

    Momen ini sangat menyentuh emosi kerana ceritanya seperti tiada kesudahan. Daripada saya kecil hinggalah sekarang. Namun, tak guna juga kita terlalu emosi. Hidup perlu diteruskan. Masing-masing ada kehidupan sendiri.

    Sentiasa doa terbaik buat Amy

    Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dirinya akan berusaha untuk memperbaiki keadaan, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengakui dirinya sudah penat.

    Untuk kembali memperbetulkan keadaan? Saya hanya terima apa yang berlaku di hadapan mata saya. Saya sudah penat.

    Betulkan keadaan atau tidak, ceritanya tidak akan habis. Tetap ada sahaja begitu.

    Tambah Nabila, dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat bapanya itu meskipun mereka jarang bertemu.

    Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan papa seperti mana dia doakan saya.

    Saya harap dia panjang umur dan sentiasa sihat.

    Diharapkan satu hari nanti kita akan bersama, tak disini, disana.

    Terdahulu, Nabila mencuri perhatian apabila berkongsi momen dirinya yang bertemu dan berpelukan dengan Amy menerusi aplikasi Threads.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak Nona Sebak Ibadah Umrah Dipermudah, Langsung Tak Rasa Sakit ‘Slip Disc’ – ‘Ajaibnya Kuasa Allah, Sampai Sini Saya Jadi Sihat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah