27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: ‘Banyak ‘Cable’ Boleh Guna, Tapi Bakat Tetap Penting’ – Odda Akui Gelaran Anak Selebriti Buka Peluang

    Shopee Sale

    Gelaran anak selebriti sering dianggap sebagai ‘tiket mudah’ untuk memasuki industri hiburan. Nama keluarga yang sudah dikenali, rangkaian kenalan serta pendedahan sejak kecil dilihat mampu membuka pintu lebih luas berbanding orang lain.

    Namun, kelebihan itu turut hadir bersama tekanan untuk membuktikan bahawa kejayaan mereka bukan semata-mata kerana populariti ibu bapa. Tanpa bakat, usaha dan identiti sendiri, nama besar keluarga juga belum tentu mampu menjamin seseorang terus diterima peminat.

    Persoalannya, adakah status itu lebih banyak membuka ruang dan peluang atau sebenarnya memberikan tekanan kepada mereka yang mahu mengikut jejak langkah ibu bapa?

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Memang Nak Cari Duit, Cari Rezeki Untuk Ibu Bapa’ – Auddra

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Cakap, Mak Kau Tak Ajar Ke?’ – Sharifah Shahirah Nasihat Odah Jangan Gaduh Dengan Netizen

    Gelaran Anak Selebriti Buka Peluang

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Untuk edisi kali ini, POV XTRA mendapatkan pandangan anak kepada selebriti, Sharifah Shahira iaitu penyanyi Auddra Zulkifli atau lebih mesra disapa sebagai Odda mengenai realiti membawa gelaran anak selebriti.

    Menurut Odda, dia tidak menafikan latar belakang sebagai anak selebriti memberikannya kelebihan tertentu, terutama dari segi peluang dan jaringan yang telah dibina oleh ibu bapanya.

    Saya rasa gelaran anak selebriti ini memberikan banyak peluang. Ibu bapa kita sudah bekerja keras untuk membina hubungan dalam industri.

    Jadi apabila saya kata saya mahu menjadi artis, mama boleh tunaikan. Tetapi diri sendiri pun kena ada bakat.

    Jadi Artis Perlu Ada bakat

    Bagaimanapun, Odda menegaskan hubungan atau pengaruh keluarga semata-mata tidak mampu menjamin seseorang itu akan berjaya dan kekal lama dalam industri.

    Kalau nak jadi artis tetapi tak ada bakat, memang tak ke mana. Kita kena letakkan usaha dan bekerja keras seperti ibu bapa kita.

    Walaupun di Malaysia ini ada banyak ‘cable’ yang boleh digunakan, akhirnya netizen tetap kena sayang kami.

    “Kami Pun Manusia Biasa”

    Dalam masa sama, Odda turut berkongsi persepsi netizen yang mahu diubahnya terhadap anak selebriti serta generasi baharu yang cuba membina nama dalam industri hiburan.

    MENARIK:  Hun Haqeem Tak Sabar Nak Ada Isteri, Seronok Dengar Ayda Jebat & Mira Filzah Cerita Fasal ‘Baby’

    Menurutnya, masyarakat tidak seharusnya terlalu cepat memberikan komen negatif tanpa memahami personaliti sebenar seseorang artis atau konteks di sebalik tindakan mereka.

    Bagi saya, netizen kena diam saja kot. Jangan cakap perkara negatif mengenai selebriti. Kami ini manusia juga dan kadang-kadang kami hanya membuat lawak.

    Mungkin ada antara mereka yang tidak faham lawak artis atau cara generasi baharu.

    Odda berharap orang ramai dapat lebih tenang dan tidak terlalu keras ketika menilai selebriti kerana mereka juga mempunyai perasaan serta berdepan tekanan seperti manusia lain.

    Kita hanya manusia biasa. Jadi, tolong tenang dan jangan terlalu ‘bitter’.

    " data-video-id="7664918788416032020" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @xtra_my

    Itu dia single pertama Oddah berjudul ‘Gelanggang Rasa’. Sangat catchy! Memang kena dengan jiwa. Oddah kini bersedia mengukuhkan jenamanya di bawah naungan syarikat SN Legacy Sdn Bhd. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Micu Ellis dan Mingaling, manakala lirik oleh Micu Ellis bersama Aril Armani. #xtramy #xtratonton #oddah #sitinurhaliza #fyp

    ♬ original sound – XTRA – XTRA

    Pandangan Odda memperlihatkan dua sisi yang sering dikaitkan dengan gelaran anak selebriti. Mereka mungkin memperoleh akses dan peluang lebih awal, namun penerimaan masyarakat masih bergantung kepada bakat, usaha dan kemampuan untuk membuktikan diri.

    Peluang mungkin boleh dibuka oleh nama keluarga, tetapi untuk terus bertahan dalam industri, seseorang itu tetap perlu membina identiti dan mendapatkan kepercayaan peminat melalui kebolehan sendiri.

    Dalam perkembangan terbaharu, Odda kini mula mengorak langkah lebih serius dalam bidang muzik menerusi pelancaran single solo pertamanya berjudul Gelanggang Rasa di bawah naungan SN Legacy.

    The post POV XTRA: ‘Banyak ‘Cable’ Boleh Guna, Tapi Bakat Tetap Penting’ – Odda Akui Gelaran Anak Selebriti Buka Peluang first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah