28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming akui lali dengan ragam manusia sepanjang sepuluh tahun melibatkan diri dalam industri perniagaan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Reda Digelar Sombong, Tak Mampu Penuhi Semua Permintaan

    MENARIK:  Janji Fara Salleh Sempena Birthday Shuk: 'Akan Beri Lebih Banyak...'

    Artikel Berkaitan: ‘Peringatan Kepada Saya & Peniaga Kecil Bila Berniaga Jagalah Keberkatan’ – Khairul Aming

    Hiraukan kata negatif

    " data-video-id="7565024543698341128" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @khairulamingfans_

    🗣: “KA pernah down tak? Apa KA buat untuk bangun semula?” #khairulaming #khairulamingfans #walaming #teamKA

    ♬ original sound – Fans KhairulAming – Fans KhairulAming

    Menerusi potongan klip siaran langsung yang dimuat naik di TikTok,  Khairul Aming atau nama penuhnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat menjawab pertanyaan netizen yang prihatin terhadap keadaan dirinya berdepan komen negatif.

    Ujarnya, dia tidak lagi murung selepas sedekad menerima maklum malas daripada berjuta manusia mengenai konten yang dimuat naik.

    Kalau nak kata momen down, hari-hari. Kadang-kadang sejam sekali.

    Dulu masa saya muat naik video masak, tangan saya menggigil. Lepas itu, baca orang komen yang negatif.

    Masa itu saya down sangat. Tapi itu 10 tahun lalu. Sekarang saya dah tak larat. Kau kecam lah, aku tidur saja.

    Menerima segala jenis maklum balas

    Berkongsi lebih lanjut, usahawan berusia 33 tahun itu akui menerima segala jenis komen yang dilontarkan netizen.

    Tambahnya, keadaan yang terlalu sibuk menjadi punca utama dirinya tidak sempat untuk murung.

    Masuk tahun kesepuluh ini, mata dan telinga saya dah dilatih untuk mendengar maklum malas orang ramai.

    Saya terima berjuta feedback setiap hari. Tiada satu komen pun sekarang ini yang membuatkan saya tak boleh tidur melainkan memang saya buat silap besar.

    Tapi apa yang saya nak fokuskan, saya dah lali.

    Cuma saya hanya manusia biasa, ada hati dan perasaan.

    Cuma kalau nak kata tentang down, saya tiada masa.

    Sumber: TikTok @fanskhairulaming

    The post [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah