Penyanyi antarabangsa, Maher Zain menyifatkan pertemuannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari yang lalu sebagai satu penghormatan yang besar baginya.
Artikel Berkaitan: Maher Zain Kembali Dengan Konsert Asia Tenggara 2025
Artikel Berkaitan: Mesut Ozil & Maher Zain Seru Ramai Artis Bersuara Demi Kebebasan Uighur Di China
Satu penghormatan

Ketika ditemui , pemilik nama Maher Mustafa Maher Zain, 44, memuji Anwar mempunyai sifat yang merendah diri semasa bertemu untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong.
Kami berjumpa pada hari Jumaat dan tunaikan solat Jumaat bersama. Alhamdulillah ia adalah satu penghormatan besar buat saya.
Sangat menakjubkan apabila bertemu dengan orang seperti Anwar di dalam masjid di mana kita lupa mengenai pangkat dan kedudukannya dan menyedari kita semua adalah manusia biasa.
Sungguh mengagumkan melihat betapa merendah dirinya Anwar. Masha-Allah, kalian sangat bertuah.
Maher berkata demikian usai konsert The Journey To The Far East Maher Zain The Live Experience, pada Sabtu.
Ketika ditanya kenapa Malaysia menjadi salah satu negara kegemarannya, penyanyi kelahiran Lubnan itu mendedahkan rakyat Malaysia banyak memberikan sokongan terutama ketika permulaan kerjayanya.
Malaysia diibaratkan sebagai rumah kedua saya. Dahulu saya sering datang ke sini dan Malaysia juga memainkan peranan penting dalam kerjaya seni saya begitu juga dengan Asia Tenggara.
Saya menerima banyak kasih sayang dan cinta di sini.
Ketika saya mulakan album pertama saya, Thank You Allah sasaran saya adalah umat Islam seperti saya di Barat untuk memberi inspirasi kerana kami sering berdepan krisis identiti.
Itulah kami punya sasaran tetapi secara tiba-tiba kami menerima begitu banyak cinta dan sokongan daripada Malaysia, Indonesia dan Brunei.
Kemudian kami datang ke sini memang menakjubkan.
Selepas enam tahun

Semalam, Maher yang kali terakhir mengadakan konsert solo di Malaysia enam tahun lalu melabuhkan tirai konsertnya dengan persembahan yang menyentuh hati, meninggalkan kenangan manis buat para peminat yang hadir memenuhi ruang konsert.
Konsert anjuran Yayasan Tengku Abdullah Ibni Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Hitman Solutions dan Happymoon itu menyaksikan Maher mempersembahkan lagu-lagu popular pada album sulungnya Thank You Allah (2009.
Antara lagu yang dipersembahkan termasuk For the Rest of My Life, Baraka Allahu Lakuma, Insha Allah, Medina dan Palestine Will Be Free.
The post [VIDEO] Maher Zain Puji Sifat Keperibadian Anwar Ibrahim, Solat Jumaat Bersama – ‘Dia Sangat Merendah Diri’ first appeared on OHBULAN!.





