31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Madam Mariyah Rugi RM100,000, Halalkan Kerana Kasihan Rakan Ibu Tunggal

    Shopee Sale

    Usahawan kontroversi, Madam Mariyah, tetap berlapang dada walaupun kepercayaan yang diberikannya kepada seorang rakan yang dilantik sebagai kontraktor untuk menyiapkan pejabat urusan baharunya, Auramaria telah disalahgunakan.

    Artikel Berkaitan: Mak Cik Kemboja Diceraikan Suami Secara ‘Live’, 200 Mata Jadi Saksi – ‘Lima Kali Dia Tulis Lafaz’

    Artikel Berkaitan: Madam Mariyah Tak Suka Dipanggil ‘Mak Cik Kemboja’ – ‘Saya Tak Tua Lagi’

    Buat kerja cincai

    Menurut Mariyah, 51, dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM100,000 selepas hasil kerja yang disiapkan tidak mencapai standard.

    Nak kata ditipu itu, buruk sangat. Namun Madam (saya) sudah buat bayaran sebanyak RM215,000 tapi dia tidak buat kerja mengikut kehendak.

    Apabila panggil syarikat lain untuk semak kualiti, dia kata nilai yang dibayar tidak berbaloi dengan apa yang dibuat dan kos dibelanjakan hanya sekitar RM100,000.

    Dia menghantar surat penarikan diri dan kemudiannya menghilangkan diri.

    Kata pemilik nama Mariyah Yaakob, pada awalnya dia berhasrat mengambil tindakan undang-undang, namun berasa simpati terhadap rakannya yang juga seorang ibu tunggal.

    Tidak mahu memanjangkan isu, Mariyah memilih untuk menghalalkan keseluruhan wang tersebut dan percaya rezeki setiap orang sudah tertulis.

    Awalnya memang nak saman dan sudah jumpa peguam, tapi bila fikir yang dia ini kawan dan ibu tunggal serta niat nak bantu dia, saya tak ambil tindakan saman itu.

    Lebih baik serahkan kepada Allah sahaja. Saya juga sudah halalkan sebab tidak mahu jadi penyebab lambat masuk ke syurga.

    Saya percaya jika hilang RM100,000 nanti akan diganti dengan RM100 juta. Kita kena bersangka baik. Jadilah manusia yang sentiasa berfikiran positif.

    Mariyah berkata demikian ketika Majlis Pembukaan Pejabat Urusan Auramaria, pada Ahad.

    MENARIK:  [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Disihir Selepas Berkahwin – ‘Saya Jumpa Patung Muka Saya Ditanam Depan Rumah’

    Tempuh banyak dugaan

    Bercerita tentang rezeki membuka sebuah pejabat, Mariyah mengakui banyak ujian yang ditempuhi, namun dia percaya semuanya tanda kasih sayang Allah terhadapnya.

    Walaupun perkara itu terjadi, saya tetap berjaya rasmikan pejabat urusan ini dan banyak yang sudah dirancang untuk hari-hari mendatang.

    Kami juga melancarkan sebanyak tujuh produk baharu yang berkaitan menaikkan aura seseorang.

    Kenapa saya keluarkan banyak produk? Sebab saya nak semua orang boleh jual produk keluaran saya. Saya nak orang itu jual produk yang dia rasa yakin.

    The post [VIDEO] Madam Mariyah Rugi RM100,000, Halalkan Kerana Kasihan Rakan Ibu Tunggal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah