28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kugiran Masdo Respon Penampilan Dilabel ‘Seperti Tak Mandi’ – ‘Terima Kasih Kepada Yang Menegur’

    Shopee Sale



    masdo tak mandi 2

    Baru-baru ini, penampilan kumpulan Kugiran Masdo menerusi sebuah poster dikatakan seperti tidak mandi oleh wargamaya di platform X.

    Tak mandi?

    masdo tak mandi 1

    Tidak cepat melatah, Kugiran Masdo ketika ditemui tampil menjelaskan tentang kritikan tersebut.

    Pemain bes kumpulan itu, Putu Ceri berkata gambar tersebut diambil selepas mereka baru sahaja menyelesaikan penggambaran muzik video yang memakan masa lama. Justeru itu, atas faktor keletihan telah memberi kesan terhadap foto tersebut.

    Bukanlah mahu menjelaskan apa-apa, tapi gambar yang digunakan itu diambil semasa kami baru sahaja selesai melakukan penggambaran video muzik lagu Pujaanku.

    Proses penggambaran muzik video itu mengambil masa seharian, jadi memang ‘barai’ (penat), ‘disidai’ dan sebagainya.

    Tapi biasalah, kami bagi gambar profil lain tetapi mereka gunakan foto yang diambil daripada Google pula.

    Walau bagaimanapun, gitaris kumpulan tersebut iaitu Asmawi tetap menghargai teguran yang diberikan.

    Dalam nada berseloroh, dia juga berkata ianya boleh dijadikan sebagai titik perubahan buat mereka untuk lebih menjaga penampilan selepas ini.

    Terima kasih kepada yang menegur, kalau tidak kami tak perasan juga sebab kami rasa kami sudah kacak.

    Mungkin selepas ini kami boleh ambil ‘make up artist’ sebab kami pun sangat ‘rock and roll’ dan santai. Macam Ali (vokalis) pun dia sudah mula gunakan produk penjagaan kulit.

    Dalam perkembangan lain, Kugiran Masdo baru-baru ini mengharumkan nama Malaysia ke festival muzik di Mangolia dan Korea Selatan selepas mengadakan beberapa siri persembahan di Indonesia.

    Kami baru sahaja pulang dari Ulaanbaatar, Mongolia dan juga Busan, Korea. Alhamdulillah kami menjayakan festival muzik pada 5 dan 7 Julai lalu.

    Mana-mana negara yang kami pergi untuk buat persembahan, kami akan tetap menyanyikan lagu di dalam Bahasa Melayu malah mereka ‘enjoy’ mendengar muzik kami.

    Untuk info, Kugiran Masdo bersama kumpulan Spider dan Ella bakal menjayakan Konsert Mahardika pada 30 Ogos ini bertempat di Space Arena Penang, Pulau Pinang.

    MENARIK:  Impian Abdul Latif Romly Raih Bersama Toyota Asia Di Temasya Paralympic Paris 2024

    Dapatkan tiket di http://www.ticket2u.com. dengan harga RM98 (Standing), RM118 (Silver zone), RM128 (Rock zone), RM148 (Platinum), RM198 (Gold), RM350 (VIP).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah