
Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming mengagumi pempengaruh Azfar Heri yang mengutamakan keluarga walau apa jua keadaan.
Kerjakan umrah bersama
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan bakal menunaikan ibadah Umrah bersama Azfar pada bulan November ini.
Bulan November nak pergi kerjakan Umrah, yang itu saya akan bawa Azfar.
Dia kan tengah dalam fasa insaf, baru khatam Al-quran.
Seterusnya, saya akan paksa Azfar untuk kerjakan Umrah pulak.
Menurutnya, ini bukan tahun pertama pempengaruh berusia 32 tahun itu memujuk Azfar untuk sama-sama mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.
Review kawan baik

Berkongsi lebih lanjut, Khairul Aming sempat memberi pandangan pertama terhadap sahabatnya, Azfar Heri.
Ujarnya, Azfar Heri seorang yang periang dan anak lelaki yang bertanggungjawab.
Kalau dalam kelas, ada budak yang paling bising, lapar perhatian, nakal tapi kerja sekolah selalu siap dan result tinggi.
Azfar budak yang rajin.
Orang yang kenal dia, tahu lah macam mana dia jaga family dia.
Selain itu, Khairul Aming juga akui tidak sekuat Azfar yang mampu menjaga seluruh keluarga seorang diri.





