
Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim menitipkan pesanan buat penyanyi Aina Abdul agar tidak patah semangat kerana menjadi mangsa kecaman sewaktu Anugerah Juara Lagu-39.
Kena move on

Ketika ditemui , Khadijah berkata Aina perlu menolak tepi kecaman yang diterima kerana dalam industri seni artis memang tidak lari daripada dikecam.
Kalau saya jumpa dia, saya nak nasihat dia jangan (berhenti). Kena tahu apabila masuk bidang seni memang tidak boleh lari daripada kecaman. Move on.
Jangan sebabkan kecaman Aina jadi koyak kerana mental tidak kuat.
Sementara itu, Khadijah turut membandingkan Aina dengan penyanyi popular antarabangsa, Madonna.
Khadijah turut memuji cara Aina memasarkan dirinya pada bidang seni kerana baginya itulah kekuatan buat penyanyi berusia 32 tahun itu.
Sekurang-kurangnya Aina boleh menyanyi, Madonna tidak boleh menyanyi tetapi apa yang dia buat? Dia pakai baju unik dan aneh untuk menonjolkan dirinya.
Begitu juga dengan Aina. Aina perlu melakukan sesuatu yang berbeza supaya orang nampak bakatnya.
Dia memiliki bakat yang besar dan susah untuk anak Melayu ada bakat untuk menyanyi dan menghasilkan lagu sepertinya.
Penerimaan masyarakat

Dalam pada itu, Khadijah turut berkata penerimaan masyarakat di negara ini tidak sama dengan luar negara yang menerima baik pelbagai warna kulit serta fizikal.
Maaf cakap, masa Aina mula-mula keluar tiada seorang pun yang kenal dia jadi dia harus menonjol untuk memberikan sesuatu yang berlainan.
Lady Gaga pun pada awalnya tidak diterima kerana berpakaian pelik tetapi sekarang ramai yang suka dengannya.
Sebelum ini, Aina dilihat tertekan dengan kecaman yang diterima berkaitan dan memberi bayangan mahu berehat daripada menyertai Anugerah Juara Lagu (AJL).





