27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tengah ‘Buang Hajat’ Kawan Ajak Berborak, Apa Hukum Dalam Islam?

    Shopee Sale

    Dalam Islam, setiap perbuatan mempunyai adab dan hukum tersendiri, termasuk ketika berada di dalam tandas. Bagaimanapun, terdapat segelintir individu yang masih memandang remeh berkenaan sikap mereka ini.

    Artikel Berkaitan: Apa Hukum Lekat ‘Sticker’ Lucah Di Kenderaan? Ini Penjelasan Jabatan Mufti

    Artikel Berkaitan: ‘Troll’ & Sebar Aib Di Media Sosial, Ini Hukumnya!

    Hukum bercakap

    Ketika berada di dalam tandas, terdapat dua keadaan yang dibincangkan oleh para ulama. Mereka membezakan antara individu yang sedang membuang air dan individu yang sekadar berada di tandas, sama ada sebelum atau selepas membuang air.

    Ulama menyatakan hukum bercakap ketika sedang membuang air kecil atau besar adalah makruh, malah Rasulullah SAW melarang seseorang daripada bercakap semasa membuang air.

    Menurut Syeikh Ibn ‘Uthaymin, jika berbual bukan ketika sedang membuang air, maka tiada nas yang menunjukkan ia dilarang dan pada asal hukumnya adalah harus.

    Tidak mengapa, lebih-lebih lagi jika ada keperluan, kerana tiada larangan yang jelas berkenaan perkara itu.

    Kecuali jika dua orang sedang membuang air dan duduk bersebelahan lalu berbual antara satu sama lain, inilah yang dilarang. Adapun sekadar bercakap di tempat orang membuang hajat, maka tiada larangan mengenainya.

    Namun, jika melibatkan zikir kepada Allah atau membaca Al-Quran, perbuatan itu dianggap makruh, malah ramai ulama berpandangan ia boleh menjadi haram.

    MENARIK:  Datuk Fan Bingbing Curi Perhatian Dalam Filem ‘Mother Bhumi’, Sanggup Terjun Sawah Demi Jayakan Watak

    Keadaan darurat

    Bagaimanapun, para ulama menyatakan bahawa terdapat pengecualian jika seseorang berada di dalam keadaan darurat atau dalam keadaan yang terdesak untuk bercakap.

    Apabila seseorang bimbang akan berlaku mudarat ke atas dirinya atau orang lain, maka larangan tersebut gugur dan bercakap di dalam tandas akan menjadi harus.

    Contohnya, jika melihat binatang buas menghampiri dan perlu melindungi nyawa seseorang, maka hukumnya tidak lagi makruh, bahkan situasi ini boleh menjadi wajib untuk bercakap.

    Sumber: IslamQA & Islamqa Info

    The post Tengah ‘Buang Hajat’ Kawan Ajak Berborak, Apa Hukum Dalam Islam? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah