24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kawal Sifat Peramah Sebab Perempuan Cepat Perasan’ – Diana Rafar Titip Pesanan Buat Suami Erra Fazira

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Diana Rafar mendedahkan sisi suami kepada Primadona tanah air, Erra Fazira iaitu Ezwan Zain.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Rafar Kongsi Momen Bimbing Wanita Lafaz Syahadah – ‘Selamat Tahun Baru Buat Keluarga Baru Kita’

    MENARIK:  Cik B Tampil Mohon Maaf Isu Vida Salah Bual Dengan Linda Jasmine – ‘Ibu Tak Tahu Isu Semasa’

    Artikel Berkaitan: Netizen Suka Lihat Gandingan Anak Erra Fazira & Mr E Buat Live, Raih 1.7 Juta ‘Likes’

    Peramah

    " data-video-id="7608495372809342215" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @kasionzchannel

    Ezwan kena control peramah bak kata Diana Rafar. Nanti perempuan salah anggap. Layan episod 12 di Youtube KasiOnz, Jumaat jam 8 malam. #KasiOnz Channel dihos oleh pasangan Ezwan Zain & Erra Fazira. Real talk untuk jiwa yang tak pernah putus asa! #EzwanErra @Fazira Wan Chek @ezwanzain @ADIANARAFAR

    ♬ original sound – KasiOnz – KasiOnz

    Menerusi satu sesi temu bual podcast, pemilik nama Adiana Abdul Rafar, 46, menyifatkan suami kepada pelantun lagu Jendela Hati itu sebagai seorang yang peramah.

    Tambah Diana, sifat Ezwan atau dikenali sebagai Mr E berisiko menimbulkan salah faham dalam kalangan wanita sekiranya tidak dikawal lebih awal.

    Saya pernah cakap dengan dia untuk kawal sikit, jangan peramah sangat.

    Kadang-kadang perempuan perasan. Mereka ingat Ezwan ada niat untuk menambat hati.

    Saya cakap dekat dia, lepas kahwin kena kawal sikit sifat peramah itu.

    Dalam pada itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 52, sempat berseloroh dengan mengingatkan suaminya agar tidak terlalu ringan mulut menawarkan diri sebagai tempat meluah masalah.

    Jangan nak dengar masalah orang. Nanti jadi masalah.

    Untuk rekod, Erra mendirikan rumah tangga bersama Mr. E atau Ezwan pada Disember tahun lalu.

    Aleesya merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu Erra bersama Engku Emran, manakala Dania pula ialah anak tunggal Ezwan daripada perkahwinan sebelum ini.

    Sumber: TikTok @KasiOnz

    The post [VIDEO] ‘Kawal Sifat Peramah Sebab Perempuan Cepat Perasan’ – Diana Rafar Titip Pesanan Buat Suami Erra Fazira first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah