32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga Arwah Irene Sofiya Sedia Bertemu Keluarga Suspek – ‘Datang Dengan Hati Terbuka, Kami Terima’

    Shopee Sale

    Keluarga Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal bersedia menerima kunjungan keluarga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Empat itu.

    Artikel Berkaitan: Irene Sofiya Impi Jadi Doktor Seperti Arwah Ibu, Pelajar Pintar & Rajin Di Sekolah

    Sedia bersemuka

    Ibu saudara mangsa, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata, keluarganya tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu hadir dengan niat baik, termasuk keluarga suspek.

    Kalau keluarga nak datang atau apa-apa, kami akan terima. Kalau datang dengan hati yang terbuka, kami akan terima semua.

    Siti Nur Faeza berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, pada Isnin.

    Dalam pada itu, Siti Nur Faeza turut menzahirkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong atas keprihatinan dan kesudian baginda meluangkan masa menziarahi keluarga mereka.

    Kami ingin berterima kasih kepada Raja Permaisuri Agong atas perhatian dan kesempatan untuk bertemu dengan kami serta memberikan sedikit nasihat kepada keluarga.

    Terdahulu, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi keluarga Irene Sofiya di Kampung Selamat, Yong Peng.

    MENARIK:  ‘Muzik Saya Tak Ada Pasport’ – Alyph

    Irene Sofiya, 16, ditemukan meninggal dunia dan dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Sabtu lalu.

    Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang daripada mereka direman selama enam hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Sumber: Sinar Harian

    The post Keluarga Arwah Irene Sofiya Sedia Bertemu Keluarga Suspek – ‘Datang Dengan Hati Terbuka, Kami Terima’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah